Siakap Keli

Kedai Mamak Asyik Penuh Ja, Ini Antara Jenis Dan Ragam Pelanggan Yang Berkunjung Ke Restoran Nasi Kandar

Kalau cakap tentang restoran nasi kandar, sudah pasti ramai yang suka mengunjunginya. Apa tidaknya, jika dilihat di seluruh negara, kedai mamak sering penuh dengan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Namun, pernahkah anda sedar bahawa terdapat pelbagai jenis pelanggan yang mengunjungi restoran nasi kandar?

1.Peminat nasi kandar yang ‘HARDCORE’

Golongan ni kalau sehari tak dapat nasi kandar dengan kari pekat tak sah. Malah ada yang sampai makan berkali-kali dalam masa satu hari. Asalkan balik, tangan berbau kari barulah puas.

  1. “I diet la”

Golongan ni biasanya terdiri daripada wanita. Kalau ambil makanan tu mesti nak separuh ja. Kalau tak habis, pasangan lah yang nak kena habiskan. Akhir sekali, pasangan yang “naik badan” kerana terpaksa habiskan makanan.

  1. Orang kaya

Anda fikir orang yang pandu kereta Honda dan miliki iPhone sudah cukup kaya? Kalau ambil nasi kandar penuh dengan ayam, udang, sotong, daging dan telur barulah dianggap kaya. Makan tu kadang-kadang sampai takda masalah kewangan langsung.

  1. Budak-budak game

Golongan ni kalau datang cuma akan order air ja kemudian capai telefon dan mula ‘berperang’. Bukannya nak datang lepak sambil sembang-sembang.

  1. Gila bola

Kalau ada perlawanan bola, kedai mamak mula lah dipenuhi dengan golongan ini. Apa tidaknya, suasana menonton bola di kedai mamak pun meriah seakan di stadium. Siap ada skrin besar pulak tu.

Terdapat banyak kedai mamak yang terkenal di Malaysia seperti Nasi Kandar Pelita, Original Penang Kayu, Deen Maju dan Nasi Kandar Line Clear. Tapi tahu tak yang anda boleh mendapat potongan harga di kedai mamak dengan Maybank QRPay dan MAE?

Apa yang menariknya, anda boleh nikmati diskaun sehingga 31% sekiranya anda berbelanja lebih RM15! Namun, potongan tersebut dihadkan kepada RM10 sahaja. Anda perlu menggunakan kod promo “WAHKANDAR” dan ianya hanya boleh digunakan sebanyak dua kali bagi setiap pelanggan.

APA TU QRPAY?

Maybank QRPay satu medium yang dapat membantu anda membayar tanpa transaksi tunai dan amaun ditolak daripada akaun anda. Lepas ni senang lah kalau nak pergi lepak di kedai mamak. Tak perlu lagi pergi bank untuk ‘cucuk’ duit terlebih dahulu. Hanya bawa telefon bimbit, imbas dan bayar. Masalah wang baki dan duit syiling yang berat pun boleh diselesaikan.

Dah la mudah, dapat diskaun pulak tu di ratusan kedai mamak. Siapa la yang tak suka kan? Promosi QRPay ini juga bantu anda kurangkan perbelanjaan harian.

Tiada akaun Maybank? Tiada masalah. Kerana anda masih boleh menikmati promosi ini seperti pengguna Maybank lain. Anda hanya perlu daftar e-dompet MAE!

Tak susah pun, cuma masukkan wang ke dalam akaun MAE pada bila-bila masa dan bayar dengan QRPay untuk nikmati promosi ini. Mudah kan? Layari pautan ini untuk cara pengaktifkan MAE.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun di kedai-kedai nasi kandar berhampiran anda. Promosi ini hanya berlangsung selama sebulan sahaja iaitu dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2019.

NAK MENANG RM2,000? MUDAH JA.

Eh, sebelum terlupa. Anda bukan sahaja dapat diskaun, malah turut berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM2,000 dan baucar JD Sports bernilai RM500 dengan menyahut cabaran tarian WAHKandar.

Rakam tarian anda menggunakan lagu yang disertakan dalam halaman M2U dan muat naik di Facebook, Instagram dan juga TikTok. Peserta yang mendapat tontonan paling tinggi akan membawa pulang hadiah utama RM2,000! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Maybank di sini.

Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk lepak dan menikmati juadah di kedai-kedai mamak yang terpilih sekarang juga. Dah la dapat makan sedap, bayar pun murah. Dah tak ada alasan untuk anda lengahkan lagi kesempatan ini.


syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa