Siakap Keli

Bawa Isteri Dalam Pantang Jual Bantal, Siapa Sangka Hikmah Hilang Kerja, Bekas Jurutera Kini Jutawan Bantal

Segala kejayaan dan kemewahan yang dikecapi hari ini bukan mudah. Semuanya daripada kritikan dan penolakan yang pernah diterima satu masa dahulu.

Rahsia kejayaan bermula dengan angan-angan yang tinggi dan untuk memastikan kejayaan itu tercapai, jagalah angan-angan itu sebaik mungkin.

via GIPHY

Siapa je yang tak pernah dengar atau lihat jenama DAG, ‘Bantal Hotel 7 Bintang’ menghiasi papan tanda besar sepanjang lebuh raya?

Pastinya ramai yang dah mula kenal, tapi tahukah korang pengusaha disebalik jenama besar ini? Dr Azizan Osman menggarap kisah benar penuh liku, seorang insan bergelar Tuan Das Abdul.

Ingat lagi 3 tahun lepas bila dia mula datang ke Program RichWorks.  Allah, dengan keadaannya yang tak tahu nak describe macam mana.  Air mukanya yang risau, tahap confident memang dah tak ada.

Masakan tak, seorang bekas jurutera yang hilang pekerjaan dan terpaksa jual bantal untuk sara hidup keluarga! Kau rasa? Tak berdarah hati jual bantal di carboot sales sambil isterinya yang baru je 41 hari bersalin bawa bayi kecil untuk sama-sama berniaga. Kau rasa? Tak lebur hati seorang suami?

Kisahnya bukanlah seindah yang difikirkan. Sampai satu tahap, hanya 20 biji bantal sahaja terjual bulan itu. Bayangkan makan dan minum mereka? Kita selalu terfikir susahnya kita nak cari duit, tapi kita lupa, ada yang lagi susah daripada kita sampai tak mampu nak dapat sesuap nasi.

Namun, ‘sinar’ mula kelihatan setelah ‘bertemu’ video perkongsian Dr Azizan Osman yang dijadikan rujukan dalam perjalanan ‘NAK UBAH HIDUP.’

Masih terngiang-ngiang di telinga.

“Nak mula berniaga guna apa ada  di tangan. Maksud dia apa yang mudah dan kita tahu buat.”

Pada masa itu hanya bantal disisi. Bermula daripada itulah, ‘Perniagaan Bantal Hotel DAG’ terhasil.

Tapi sinar itu tak selalu cerah. Mengakui perjalanan bisnes tak semudah yang disangka.  Bukan petik jari dan semuanya menjadi.

Tuan Das Abdul selalu dilihat memegang bantal setiap kali hadir Program RichWorks.  Bila di tanya kenapa? Dia kata itu cara dia nak orang kenal dia.  Tapi, bukan senang nak peluk bantal ke hulu hilir.  Sangat malu pada awalnya dan memerlukan keyakinan yang tinggi.

Siapa sangka selepas kelas demi kelas, training demi training, daripada 20 bantal sehari, kini jualannya mencecah ratusan ribu. Purata jumlah jualan bantal tak tercapai akal! Sehingga 30,000 ke 40,000 biji sebulan!

Baru-baru ni, Bantal Hotel DAG telah memenangi Anugerah Superbrand Malaysia 2019 dan pihak media, Astro Awani turut menemu bual dalam berkongsikan rahsia kejayaan beliau.

Bermula di carboot sales je dekat Parit Raja, Johor dengan hanya mampu jual 20 bantal, now 1 juta bantal terjual di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Sampai hari ini, saya bisnes atas niat nak bantu orang, nak bagi manfaat dekat orang lain.”  Kata beliau yang dapat bantu 3,000 ejen buat income tambahan dengan jual bantal je.

Tahniah Tuan Das Abdul.  Kami di RichWorks tumpang bangga!

Menurut perkongsian Dr Azizan ini, sebagai ‘MenThor’ Tuan Das Abdul yang daripada awal melihat kesusahan yang dihadapi, meringkaskan sedikit-sebanyak tips yang boleh dijadikan panduan para usahawan yang baru ingin bertapak.

  1. Dalam tekanan hidup, kita boleh berubah lebih baik. Jangan putus asa ya.
  2. Nak buat apa-apa pun kena ada ilmu, paling mudah berguru supaya dapat terus ilmu untuk selesai problem anda.
  3. Jangan malu bisnes kecik-kecik sebab jika tau cara betul, lama-lama pasti besar..

Dah sedia nak ubah hidup? Sampai bila nak simpan angan-angan tapi tak usaha untuk mengecapinya? Jadikan tahun 2020 sebagai permulaan langkah baru.

Nak mulakan langkah kejayaan seperti Tuan Das Abdul, mulakan di www.nakubahhidup2020.com pada 25-27 Januari 2020 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam Shah Alam.

Info lanjut :

Website Nak Ubah Hidup

Emel : [email protected]

Hotline : 1300882424

FB Azizan Osman

IG Azizan Osman

Youtube Azizan Osman

#TeamRichWorks #ResultMatters #NakUbahHidup2020

#MillionaireMarketingMasteryNov2019

Nur Farra