Siakap Keli

“Tiga Ekor Ayam Ikut Belakang Kakak..” Individu Dakwa Kakaknya Disorok Di Celahan Batu

Tentunya bukan kali pertama kisah tentang bunian, makhluk tak terlihat ini diceritakan kepada umum. Sudah acapkali cerita tentang entiti ghaib yang diakui kewujudannya ini dikongsikan oleh mereka yang mendakwa mempunyai pengalaman ‘bertemu dengannya’.

Mungkin benar, ada sesetangah individu yang terpilih untuk mengalami sendiri pengalaman terkait dengan mistik dan supernatural. Namun kita sebagai pembaca jangan terlalu obses, anggap sahaja bacaan ini hanya sekadar hiburan atau perkongsian.

Zainie Ibrahim telah berkongsi di laman twitter tentang insiden yang menimpa kakak kandungnya. Zainie mendakwa bahawa kakaknya itu telah disorok oleh bunian di celahan dan dijumpai di celahan batu dengan berpakaian serba kuning.

Ceritanya macam ni, petang before kejadian, kami main sorok-sorok dalam kebun getah. Then, waktu maghrib tu kakak saya dah nampak lain sikit, dia taknak pergi mengaji malam tu.

Dulukan toilet kat luar rumah, jadi dalam pukul 4 pagi macam tu dia mintak lampu picit. Kakak cakap nak pergi toilet.

Pagi tu, semua orang dah bangun nak pergi sekolah tapi kakak tak muncul-muncul lagi dari bilik air. Ingatkan dia sakit perut ke apa, so kami biarkan je, tak cari pun dia kat dlm toilet.

Sampai pukul 7 pagi still tak muncul. Mak saya pun pergilah toilet, nak carik kakak, tapi dia takda! Panggil pun tak menyahut.

Lepas tu kami tanyalah jiran sekeliling pasal kakak. Ada jiran cakap yang dia nampak kakak bawak lampu suluh naik bukit belakang rumah.

Tapi yang peliknya ada tiga ekor ayam ikut belakang kakak.

Bila dah tahu macam tu, kami pun baut report kat JKKK dan pihak polis pasal kakak. Orang kampung semua tolong carik kakak kat sekitar kawasan bukit tu.

Sampai kami masuk kebun untuk carik dia tapi still tak jumpa sampailah masuk waktu maghrib. Jadi, kami ikhtiar untuk buat solat hajat ramai-ramai kat dalam kebun tu.

Even lepas subuh pun kami masih carik dia kat kebun sebab mak mimpi kakak ada kat situ. Hari kedua pencarian, imam kampung laungkan azan kat empat penjuru kebun tu.

Pakcik saudara yang ada kat situ tiba-tiba kena rasuk, dia kata jangan ganggu tempat dia! Jadi, imam tu pun azan sekali lagi. Lepas je azan tu, tiba-tiba ternampak kakak saya duduk kat celah batu, cakap sorang-sorang, langsung tak menoleh kat kami.

Bila dah macam tu, ada sorang pakcik ni tarik kakak, tapi kakak terus mengamuk cakap taknak balik.

Kakak kata dia nak duduk sekali dengan Puteri! Orang ramai yang ada kat situ, semua pakat baca doa, ayat Al-Quran semua!

Bila semua dah selamat, kakak balik rumah dan kena mandi bunga. Hampir seminggu jugak kakak tak cakap apa-apa, asyik termenung je.

Tapi kalau difikirkan balik, macam tak logik pun ada, macam mana kakak boleh muat masuk celah batu sebab badan diakan berisi.

Sumber: Zainie Ibrahim

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)