Siakap Keli
Kredit: Google

Anda ‘Fresh Grad’, Baru Bekerja Dan Masih Merancang Kewangan? Nasihat Ini Baik Untuk Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Suka untuk penulis kongsikan kata-kata oleh seorang pengacara radio dan usahawan, Dave Ramsey,

“We buy things we don’t need with money we don’t have to impress people we don’t like.”

Jika diteliti, ada benarnya kata-kata Dave. Berapa ramai dari kita yang sanggup membuat pinjaman beribu-ribu ringgit hanya untuk membuatkan orang lain (makcik bawang) kagum. Biar papa asal bergaya. Akhirnya, apabila jatuh tersadung, baru menyesal dan sedar bahawa pandangan orang lain sebenarnya tak menjamin bahagia.

Kepada anak muda, pengurusan kewangan amat penting sebab kita ada banyak masa lagi nak hidup (kalau meninggal awal tu, di luar kuasa kita). Nak travel, shopping dan bersuka ria? Tak ada masalah asalkan kita ada pelan kewangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan sendiri.

Sebab itulah, pengurusan kewangan itu penting. Biar aset yang ‘bekerja’ untuk kita. Macam mana? Libatkan diri dalam bidang hartanah salah satu caranya.

Oleh itu, jom baca perkongsian perunding hartanah, saudara Harith Faisal tentang strategi ringkas bagi graduan baru membeli rumah.

Kalau jumpa kawan-kawan yang fresh graduate, baru mula kerja, cuba ubah soalan daripada “Bila nak beli kereta?” kepada “Bila nak beli rumah?”. Kita ubah budaya kita.

Dah diorang asyik dapat soalan macam nak suruh beli kereta cepat-cepat je, itu yang semua angkat kereta dulu tu. Padahal, bukan semua orang perlu beli kereta masa mula bekerja.

Balik kampung mak bapak tanya, dating pun awek tanya, melawat rumah kakak ditanya juga, hari raya atuk nenek pula tanya, kawan-kawan pun sibuk menghasut.

Bukan susah pun nak beli rumah masa mula-mula dapat kerja. Cuma kena berjimat lah. Korban sikit dalam 2 tahun macam tu. Side income wajiblah kau buat, kan.

Gaji bersih RM2,000 dan side income RM1,000 sebulan, kau mesti boleh simpan RM1,500 setiap bulan. Kalau duduk dengan mak bapak lagilah senang.

Selepas 2 tahun, dah ada RM1,500 x 24 = RM36,000. Kau guna RM25,000 hingga RM30,000 untuk modal beli rumah harga sekitar RM150,000 hingga RM200,000.

Bakinya kau buat sebagai dana kecemasan. Biasanya masa urusan jual beli, kena standby duit banyak. Selepas selesai urusan jual beli rumah tu, sewakan selama 6 bulan.

Waktu ni kau dah mula selesa semula dengan keadaan kewangan kau. Jadi, kau boleh dah beli kereta pertama kau. Memang senang-senang boleh lulus untuk beli kereta.

Itulah orang kata, kalau kau beli kereta dulu, susah nak beli rumah. Tapi bila kau dah beli rumah dulu, anytime kau boleh beli kereta.

Sumber: Harith Faisal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.