Siakap Keli

Viral Gambar Kereta Remuk Teruk Terlibat Kemalangan Maut Libatkan Sekurang-Kurangnya 8 Kenderaan

Sebuah kemalangan maut dilaporkan berlaku awal pagi tadi di KM 273.2 SB hingga menyebabkan laluan sesak teruk sepanjang 1.1 kilometer diantara Nilai menuju Bandar Ainsdale.

Menurut tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia @LLMinfotrafik, semua laluan yang ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pengalihan serta pembersihan bagaimanapun telah dibuka dan trafik kembali lancar seperti biasa, kira-kira 10.15 pagi.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di facebook oleh pemilik akaun Hishamuddin Ahmad Zaki, kejadian kemalangan itu dikatakan berlaku pada pukul 7.15 pagi melibatkan sekurang-kurang 8 buah kenderaan.

Turut dimuat naik adalah beberapa keping gambar kemalangan.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik, turut kelihatan sebuah kenderaan yang remuk teruk dipercayai Perodua Mayvi yang terlibat dalam kemalangan sebelum dirempuh oleh Jaguar, berdasarkan kapsyen yang dimuat naik bersama oleh pemilik facebook berkenaan.

Sumber: Twitter LLM, Hishamuddin Ahmad Zaki

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.