Siakap Keli

(Video) Penyokong Merusuh Lepas Perlawanan, Netizen Persoal Kredibiliti Indonesia ‘Host’ Piala Dunia

Perlawanan Liga 1 2019 antara Persebaya Surabaya menentang pasukan PSS Sleman bertukar tragedi apabila penyokong merusuh dan memusnahkan fasiliti Stadium.

Menurut laporan media, kejadian berlaku di Stadium Gelora Bung Karno setelah pasukan Persebaya kalah dengan skor 2-3 sebentar tadi.

Tiga gol daripada PSS disepak kemas Jepri Kurniawan, Haris Tuharea dan Yevhen Bokhasvili.

Walau bagaimanapun, kemenangan itu disambut dengan amarah pasukan lawan dengan merusuh masuk ke lapangan padang dan menghampiri pemain-pemain Persebaya.

Rusuhan dikatakan melibatkan tindakan ganas seperti membaling botol, nyalaan api dan smoke bomb. Pihak berkuasa yang menjaga perlawanan itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah penyokong terlalu ramai.

Insiden tersebut telah mengundang reaksi beberapa pihak yang mempersoalkan tindakan FIFA yang memberi peluang negara tersebut sebagai tuan rumah piala dunia.

Sumber: Bola Kompas, Twitter GaraGaraBola

Nur Farra