Siakap Keli

(Video)Detik-Detik Lelaki Nyaris Kena Lenyek Dengan Lori Tangki, Terbabas Elak Lori ”U-Turn” Di Lampu Isyarat

Satu video kemalangan yang berlaku membabitkan sebuah lori tanker terbabas tengah hari tadi telah tular di media sosial.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di Batu 8 Sijangkang.

Hasil daripada rakaman dashcam tersebut telah menunjukkan bahawa sebuah lori tanker dari arah bertentangan terpaksa mengelak daripada melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.

Disebabkan oleh itu, lori tanker berkenaan telah hilang kawalan dan termasuk ke lorong bertentangan lalu merempuh sebuah motorsikal.

Penunggang motorsikal tersebut walau bagaimanapun sempat menyelamatkan dirinya selepas menyedari bahawa lori tersebut hilang kawalan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.