Siakap Keli

Geram Ayah Ada ‘Awek’ Lain, Anak Mengaku Tetak Ayah Sampai Mati, Buang Mayat Dalam Tangki Septik

Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan kerana didakwa membunuh bapa kandungnya sendiri dengan cara yang sadis. Suspek dipercayai menetak ayahnya dengan menggunakan kapak sehingga maut dan mencampakkan mayat tersebut ke tangki septik.

Difahamkan, kes pembunuhan ini berlaku di kampung Kendharga, Daerah Warureja, Indonesia. Perbuatan itu mula disedari oleh ibu kandungnya apabila melihat banyak percikan darah di sekeliling rumahnya.

Menurut laporan, suspek merupakan anak ketiga dari empat adik-beradik itu berusaha untuk menyembunyikan jejak jenayahnya itu dengan pelbagai cara termasuk pergi ke kawasan perkuburan untuk membuang kapak yang didakwa sebagai senjata utama pembunuhan.

Setelah menyembunyikan kapak, suspek dikatakan terus menyerah diri, mengakui perbuatannya itu kepada orang kampung kerana tidak mahu menerima hukuman berat.

“Saya takut dihukum lama, akhirnya saya ambik keputusan untuk serah diri.”

“Saya memang dah lama tak puas hati dengan dia.”

“Dia bercinta dengan perempuan lain, ayah pernah bagi perempuan tu motor,”

Suspek mengaku tidak menyesal telah membunuh bapanya sendiri. Menurut suspek, dia memang sudah lama berniat mahu menamatkan riwayat ayahnya.

Sumber: Aceh Tribun News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)