Siakap Keli

“Kau Mati Nanti, Diorang Cari Lain” Majikan Tak Berhati Perut, Staf Meninggal Dunia Terus Suruh Cari Pengganti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dengan hampir 13k ulang kicau, ciapan dari seorang pengguna twitter tular dan menarik perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya.

Pemilik akaun bernama Amy Afiq itu mendakwa bahawa ada seorang rakan sekerjanya meninggal dunia dan berita itu dikongsikan dalam sebuah group Whatsapp syarikat.

Namun apa yang mengejutkan adalah respon daripada individu yang dipercayai merupakan majikan yang mengatakan bahawa dia berdukacita atas berita tersebut namun pihak berkenaan harus cepat mencari pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan si mati.

Oleh itu, Afiq menyatakan bahawa abangnya pernah berpesan kepadanya,

“Kau kerja macam nak mati pun takda siapa pandang, Kau mati nanti mereka akan cari lain jugak”

Lantaran ‘terkesan’ dengan ciapan yang dimuatnaik itu, warganet menghujani ruangan komen, berkongsi pelbagai reaksi dan pendapat tentang isu tersebut.

Kalau sesiapa pun di tempat boss still akan buat yang sama, mesti akan cari pengganti untuk jawatan tu

Sekurang-kurangnya ambillah masa setengah hari untuk tunjukkan rasa dukacita tu. Kita pun kalau cuti sehari dua, company tak bungkus pun

Mungkin lebih baik kalau boss tu mesej secara peribadi untuk maklumkan kepada pihak yang berkenaan. Kita kena hormat dengan orang yang sedang berkabung dan berdukacita

Aku yang baca ni pulak rasa baran, yang meninggal tu manusia, bukan anak ayam weh punya heartless dan selfish

Ini bukan ketua, ini boss, tak berhati perut!

Kerja bagai nak mati, tak dapat apa-apa, lebih baik utamakan keluarga, jangan sebab kerja kita abaikan keluarga

Betul, kalau staff meninggal, compay akan cari replacement. Paling kuat pun, company hanya akan bagi sumbangan untuk family si mati

Jangan mati hanya kerana syarikat, sakit berpunca stress tu wujud. Saya dah rasainya, saya disahkan menghidapi penyakit kronik, akhirnya saya berhenti dan kini lebih gembira

Bapak aku sakit tenat, aku ambik cuti sebulan, manager store aku sanggup kata “habis store ni sapa nak jaga?”

Menjijikkan, teringat pulak kat boss lama, dia pernah kata “Staff boleh diganti”. Takda ucapan penghargaan langsung, yang dia tahu hanya complaint…

Sumber: Fahmi Afiq Mohd Yusof

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)