Siakap Keli

Muatnaik Gambar Dengan Kapsyen Bendera Israel, Ruang Komen Twitter Ronaldinho Dipenuhi Bendera Palestin

Ronaldinho, antara bintang bola sepak terkenal dunia yang pernah mencipta nama terutamanya apabila beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Digelar ‘King of Skill’, Ronaldinho melebarkan karier profesionalnya selama 20 tahun dengan mewakili pasukan kebangsaan Brazil dan beberapa kelab terkenal di Eropah seperti, AC Milan dan Barcaleno sebelum menggumumkan persaraannya secara rasmi pada 2018.

Terbaru, Ronaldinho ada memuatnaik gambar di laman twitternya dengan caption ‘shalom’ berserta bendera Israel. Namun dengan kontroversi yang melanda wilayah tersebut, sudah dijangka ianya akan menimbulkan pertikaian dari kalangan netizen. Tujuan Ronaldinho berada di Israel untuk satu perlawanan persahabatan antara Brazil Legends dan Israel yang berlangsung semalam.

Dengan pengikut lebih dari 19 juta, ciapan Ronaldinho itu ‘diserang’ warganet. Mereka memenuhi ruangan komen berkenaan dengan gambar bendera Palestin.

Pembetulan, ianya adalah Palestin dan inilah benderanya

Saya dah ‘betulkannya’….

Sumber: Ronaldinho Gaucho

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)