Siakap Keli

(Video) Penculikan Tanpa Sengaja, Wanita ‘Ditelan’ Garaj Kereta

Seorang wanita mengalami detik cemas yang melucukan apabila dia ‘ditelan’ sebuah garaj dipercayai tempat menyimpan kenderaan. Kejadian tersebut yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh wanita berkenaan dianggap sebagai ‘kes penculikan secara tidak sengaja’.

Insiden berkenaan berlaku apabila seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal keluar dari garaj tersebut sebelum menutup kembali pintu garaj secara automatik. Namun, dengan secara tidak sengaja wanita yang berjalan berhampiran garaj itu telah ‘dimakan’ oleh penutup garaj tersebut sehingga membuatkannya terperangkap di dalam.

Seolah-olah tidak menyedari nasib yang menimpa wanita berkenaan, penunggang motosikal itu terus beredar dari kawasan berkenaan. Menurut laporan media tempatan, wanita itu terperangkap sekitar sejam sebelum berjaya dikeluarkan.

Pada sudut rakaman CCTV berbeza iaitu pada bahagian dalam, wanita tersebut seperti merayu-rayu di hadapan kamera untuk membawanya keluar dari ruangan tersebut.

Malah, menerusi satu komen yang diturunkan dalam laman Twitter, kejadian itu diumpamakan dengan adegan batu belah batu bertangkup yang sememangnya menjadi kisah lagenda terutamanya dalam masyarakat Melayu.

“Batu belah batu bertangkup zaman moden”

Sumber: Dailymail 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra