Siakap Keli

Buat Pertama Kali Boleh Shopping Sampai Larut Malam, Mitsui Outlet Park Buat ‘Hal’ Lagi

Jualan hebat Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kembali lagi. Siapa tak pernah pergi lagi, inilah masanya korang wajib, mesti, dan perlu berkunjung ke sana sebab ada jualan tak masuk akal, SHOPPING SAMPAI LARUT MALAM.

via GIPHY

Tak pernah lagi orang buat shopping sampai tengah malam, tapi Mitsui Outlet Park KLIA Sepang buat pertama kalinya akan melangsungkan JUALAN LARUT MALAM (FIRST TIME MIDNIGHT SALE) selama dua hari.

Bila?

Jualan ini akan berlangsung pada 1 dan 2 November 2019 dengan pelbagai aktiviti, persembahan serta acara-acara khas yang telah disusun buat semua pengunjung Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Bagi korang yang tak tahu dan tak pernah pergi lagi, Mitsui Outlet Park merangkumi 50 jenama terkenal seluruh dunia seperti Nike, Adidas, Pandora, Poney, Cotton On, Clarks dan variasi kedai barangan berjenama lain, tak lupa juga butik kanak-kanak yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.

Ini antara tawaran JUALAN TENGAH MALAM yang akan berlangsung awal bulan November ni. Tak sabarrrrrr.

  • Diskaun sehingga 90% untuk barangan berjenama.
  • Pelanggan boleh membeli-belah tanpa waktu terhad sehingga larut malam.
  • Jualan Happy Hour menanti! (Happy Hours Sale, bermula daripada 10pm hingga 12am)
  • Pelbagai aktiviti pada waktu kemuncak daripada 9 malam hingga 12 tengah malam.
  • Tebus minuman dan dessert percuma bagi setiap pembelian minimum RM100 dekat mana-mana outlet.

  • Persembahan nyanyian secara live dan kehadiran kru Hot FM seperti permainan, hadiah dan banyak lagi 

Peluang ni korang tak akan dapat dekat mana-mana tempat selain Mitsui Outlet Park KLIA Sepang je. Apa yang paling best, korang tak perlu terkejar-kerja pilih barang sebab Mitsui Outlet Park KLIA Sepang tutup lambat selama dua hari tu.

Nak lagi best, bawah ni senarai jenama yang terlibat untuk Happy Hours Sale daripada pukul 10 malam sampai 12 tengah malam:

1) Polo Ralph Lauren – Discount up to 70% OFF, selected merchandise

2) Skechers – Additional 20% OFF


3) Hugo Boss –  Selected items 80% OFF  


4) Tommy Hilfigher – Additional 10% OFF


5) VERSACE – Private Sale


6) New Balance – Limited Time Only (Apparel for RM49)


7) Brooks Brothers – Up to 70% OFF


8) PUMA – Buy 2 Free 1 ( Additional 10% OFF for those present MotoGP ticket)


9) Cotton On –  70% OFF for sale item. 

Perkara paling penting sekali korang kena buat adalah lock tarikh ni siap-siap dan stand-by ‘ongkosnya’ supaya korang tak meleleh air liur tengok orang lain dapat grab barang dengan harga yang tak masuk akal.

via GIPHY

Peluang datang sekali je. Inilah masanya!

Untuk maklumat lanjut layari website atau Facebook rasmi Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Nur Farra