Siakap Keli
Kredit: Youtube Grandpa Kitchen

(Video) Ditonton Lebih 400k, Ini Menu ‘Terakhir’ Grandpa Kitchen Untuk ‘Cucu-Cucunya’ Sebelum Meninggal Dunia

Pemergian Grandpa telah membuatkan ramai bersedih atas kehilangan sosok berhati mulia ini. Youtuber Grandpa Kitchen, Narayana Reddy, 73, sering memasak dalam jumlah yang banyak untuk diberikan kepada anak-anak yatim di penempatannya di Telangana, India.

Mesra dengan gelaran Grandpa, Narayana sering memulakan video dengan slogan “Loving, caring, sharing. This is my family.”

Sesuai dengan kata-kata itu, beliau menggunakan pendapatan vlog tersebut untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, peralatan sekolah termasuk yuran pembelajaran dan hadiah hari lahir buat anak-anak yatim di sana.

Disebabkan kesihatannya yang mula merosot, video yang dimuatnaik pada 20 September lalu dipercayai menjadi karya masakan terakhir yang juadahnya dimasak sendiri oleh Grandpa.

Dalam video berkenaan, beliau bersama tiga orang pembantu telah memasak jejari kentang rangup buat anak-anak yatim di kampungnya.

Terpancar keikhlasan Grandpa. Caranya seolah-olah kasih sayang seorang datuk memasak untuk cucu sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=T-5MGRKXwvg&fbclid=IwAR39sSVyiMveHYBfkOUZEV6jWLpDS0CuxIS2tzviKoXPtgtwHv5CQmMHUU4

Jejari kentang rangup Grandpa

Bahan-bahan

Kentang

Tepung suji (Semolina)

Garam

Daun ketumbar (hiris)

Cili hijau (hiris)

Air

Cara-cara

  1. Rebus kentang sehingga lembut. Lenyekkan.
  2. Campur tepung suji dengan air. Masak seketika.
  3. Gaul doh tepung suji bersama kentang lenyek, cili hijau dan daun ketumbar. Tambahkan garam.
  4. Bentukkan seperti jari dan goreng sehingga coklat keemasan.
  5. Hidang bersama sos yang digemari.

Gembira rasanya lihat wajah kanak-kanak gembira menjamu selera.

“Anda tidak perlukan wang, tetapi perlukan hati untuk membantu orang lain.” -Grandpa

Sumber: Grandpa Kitchen

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.