Siakap Keli

(Video) Tiada Lagi Makanan Pecuma, YouTuber Terkenal ‘Grandpa Kitchen’ Meninggal Dunia

Mempunyai jutaan pengikut daripada seluruh dunia, channel masakan di Youtube yang dikenali sebagai ‘Grandpa Kitchen’ tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kelincahan Narayana Reddy, warga emas yang berusia 73 tahun dari Telangana, India itu ketika memasak hidangan dengan jumlah untuk anak-anak yatim yang memerlukan sememangnya mengujakan ramai.

Malah, cara masakan di luar rumah dengan menggunakan kayu api kelihatan santai dan bersahaja.

Namun, aksi terbaru daripada ‘tukang masak’ yang sama mungkin sudah tidak dapat ditonton lagi apabila warga emas tersebut dilaporkan telah meninggal dunia.

Tonton video di bawah :

Sumber: Grandpa Kitchen

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra