Siakap Keli

Dirempuh Sampai Terseret Jauh, Perbuatan Undang Kecaman

Boleh dikatakan kemalangan jalan raya terjadi pada setiap hari di atas beberapa faktor. Antaranya ialah kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri di samping keadaan fizikal jalan raya yang tidak rata. Kemalangan jalan raya jauh lebih berisiko kepada pengguna yang menunggang motosikal ataupun pejalan kaki. Pun begitu, penggunaan skuter elektrik juga mempunyai risiko kemalangan yang sama seperti penunggang.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke dalam halaman Facebook DashCam Malaysia, satu kemalangan melibatkan sebuah lori merempuh seorang penunggang skuter elektrik di persimpangan  lampu isyarat.

Menerusi rakaman tersebut, sebuah lori yang sedang bergerak melepasi lampu isyarat berwarna hijau dengan secara tidak sengaja merempuh seorang penunggang skuter yang melintas jalan dihadapan.

Akibatnya, individu itu terpelanting hampir 100 meter bersama skuter yang ditunggangi olehnya. Lori berkenaan pula dilihat terbabas di pertengahan simpang berkenaan. Keadaan pemandu lori dan penunggang skuter tersebut tidak dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet nyata tidak berpuas hati dengan penunggang skuter tersebut yang tetap melintas walaupun lampu hijau pada laluan itu.

“Salah sendiri padan lah muka..pegi langgar lampu merah sapa suruh”

“Hujan, kalau bawak kereta pon maybe tak perasan”

“Tu la lain kali tengok dulu sebelum nak lintas jangan main jalan je kan dah mendapat lori tu”

Sumber: DashCam Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra