Siakap Keli
Kredit: Woks of Life/Times of India

Nasi Goreng Terakhir Air Tangan Ibu, Tak Sampai 15 Minit Tidur, Gadis Terima Berita Bas Dinaiki Ibu Tersayang Jatuh Gaung

Perpisahan dengan ibu tersayang merupakan pengalaman paling menyakitkan buat si anak. Bertahun lepas pemergiannya pun, kehilangan masih terasa.

“Kan best kalau mak ada.” Penulis yakin, pasti ada antara anda di luar sana yang pernah menuturkan ayat ini walaupun setelah beberapa tahun ibu tersayang pergi meninggalkan dunia fana ini. Bukan tidak redha, cuma rindu.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Twitter mengenai detik terakhir bersama ibunya 17 tahun lalu telah menyentuh hati ribuan warga maya dengan 7.5 ribu tanda suka dan 7.7 ribu ulang kicau. Berikut adalah perkongsiannya, Hidayah.

17 tahun yang lalu salam mak pastu mak pesan,

“Bawah tudung saji mak ada buatkan nasi goreng kicap untuk kakak. Nanti sebelum pergi sekolah makan okay.”

Pastu sambung tidur semula. Tak sampai 15 minit, jiran sebelah rumah datang ketuk pintu cakap bas yang mak naik masuk gaung.

Perkongsian Hidayah telah menyedihkan hati warga maya yang turut berduka atas kehilangan dihadapinya.

Sedih baca, insaf terus. Taknak kecilkan hati ibu saya

“Moga Allah tempatkan ibu awak di syurga. Aaminn.”

“Kehilangan ibu adalah ketakutan terbesar dalam hidup saya”

“Setiap hari lepas solat mesti doa supaya Allah jaga ibu ayah”

Terima berita mak dalam keadaan 50-50..

“Rasa macam mimpi, kan?”

“Moga Allah temukan kalian bersama dalam syurga”

Semoga mereka yang telah pergi meninggalkan kita ditempatkan dalam kalangan orang beriman, beramal soleh dan dijauhkan dari azab kubur. Sebagai anak, hanya dengan amalan soleh kita lah dapat menjadi saham mereka di akhirat.

Sumber: Seketul Hidayah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.