Siakap Keli
Gambar: Google

Tak Perlu Diharamkan, NGO Saran Kerajaan Sediakan Litar Khas Untuk Basikal Lajak

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan mengharapkan agar kerajaan tidak mengharamkan kegiatan basikal lajak sebaliknya dapat menyediakan satu kawasan khusus atau litar kepada penggemar aktiviti tersebut.

Menurut setiausaha Pekida Kelantan, Mudzahar Makhtar, Untuk memastikan tahap keselamatan penunggang basikal lajak terjamin, langkah tersebut perlu dilakukan.

Aksi penunggang basikal lajak yang menganggu lalu lintas telah banyak menimbulkan masalah di jalanan kebelakangan ini.

Jika mereka tidak sesuai beraksi di jalan raya, di manakah tempat yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti tersebut?

Oleh sebab itulah kerajaan perlu menilai semula berkenaan dengan perkara ini, jika satu kawasan khas perlu dibina bagi menyelesaikan perkara ini, maka keperluan tersebut perlu dilaksanakan, katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Gambar: The Patriots

Jelasnya, memandangkan aktiviti ini bersifat sukan berbasikal semata-mata, minat dan hobi menunggang basikal lajak ini tidak boleh dihalang.

Tambahnya lagi, dengan cara dan langkah yang bersesuaian, minat kanak-kanak dan remaja terhadap aktiviti tersebut perlu disokong oleh semua pihak.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn, dalam satu kenyataan berkata, aktiviti menunggang basikal lajak yang telah diubah suai wajar diharamkan bagi mengelak sebarang kejadian tak diingini ke atas penunggangnya serta pengguna jalan raya yang lain.

Disebabkan perkara itu boleh memudaratkan ketenteraman serta keselamatan awam, maka pengharaman tersebut perlu dibuat secara menyeluruh.

Sumber: Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.