Siakap Keli

Telah Dipasang Selama 5 tahun, Guru Terkejut Temui Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Sekolah

Ibu bapa di sebuah sekolah di Holloway, London terkejut setelah mengetahui mengenai kewujudan kamera tersembunyi di dalam tandas sebuah sekolah rendah yang dipercayai telah dipasang  selama lima tahun.

Di dalam surat yang ditulis oleh Ketua Dewan Gabenor, Douglas Cowie, beliau memberitahu ibu bapa bahawa kamera itu dijumpai dipasang di dalam tandas sejak tahun 2014 yang lalu.

Semua kamera tersebut dijumpai ketika waktu cuti musim panas di sekolah rendah Duncombe oleh seorang guru, Helen Ryan dan melaporkannya kepada pihak polis.

Kesemua video dipercayai telah dipadam setiap bulan dan ‘tiada bukti menunjukkan berlakunya aktiviti jenayah’.

Douglas Cowie menegaskan bahawa pihaknya memandang serius tentang perkara ini dan tidak akan bertoleransi dengan apa-apa jenis pencerobohan.

Semua ibu bapa kepada pelajar di sekolah tersebut menyuarakan rasa kecewa dan terkejut dengan kejadian yang ‘menjijikkan’ itu.

Mereka juga menggesa pihak sekolah untuk mengambil tindakan yang sepatutnya dan menjaga privasi anak-anak mereka dengan sebaiknya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story