Siakap Keli

(Video)Remaja Dilanggar & Maut Sehari Sebelum Graduasi, Rakan Sebak Nyanyi Lagu ”Tribute” Untuknya

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sambutan majlis graduasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Nusajaya.

Majlis sambutan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan itu bertukar menjadi hiba apabila sekumpulan pelajar di dalam video tersebut membuat satu tribut’ khas untuk seorang rakan mereka yang telah pergi menghadap Illahi.

Pergi sehari sebelum majlis hari graduasi

‘Tribute’ tersebut dilakukan bagi memperingati salah seorang rakan mereka bernama Muhammad Syah Luqman Sharir yang didakwa meninggal dunia sehari sebelum majlis graduasi tersebut diadakan.

Difahamkan, Arwah telah terbabit dalam satu kemalangan langgar lari semasa dalam perjalanan pulang dari gunting rambut selepas diamanahkan untuk menjadi imam solat hajat sempena peperiksaan SPM dan PT3 di sekolahnya.

Dalam video yang berdurasi selama 8 minit 6 saat itu, beberapa rakan arwah dilihat tidak dapat menahan sebak semasa menonton video montaj arwah yang ditayangkan di skrin sambil menyanyikan sebuah lagu khas untuk arwah.

Allah S.W.T lebih menyayanginya

Netizen yang menonton video tersebut rata-ratanya menzahirkan rasa sedih serta turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber: Youtube

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.