Siakap Keli

(Video)Video Tular Dakwa Bapa Mimpi Didatangi Anak Telah Meninggal Dunia Minta Ubah Kubur

Bagi setiap umat Islam, solat merupakan satu ibadat wajib yang harus ditunaikan sebanyak lima kali dalam masa satu hari. Ibadah solat mempunyai pelbagai manfaat kepada umat Islam terutamanya dalam kesejahteraan hidup di dunia. Selain itu, ibadah solat juga dapat memberikan kebaikan setelah kematian iaitu dapat membantu kita daripada azab seksa kubur.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan satu peristiwa di mana kubur seorang gadis kecil yang telah meninggal dunia pada dua tahun yang lepas digali semula. Ianya diceritakan melalui satu video tular di Facebook Ashraf Muslim di mana jenazah gadis tersebut masih berada dalam keadaan yang elok dan diumpamakan seperti sedang tidur.

Berdasarkan video berkenaan, gadis tersebut dipercayai datang ke dalam mimpi ayahnya dan meminta agar jenazahnya diubah ke tempat yang lain.

“Kemarilah engkau.. pindahkan kuburku kerana tetanggaku ini tidak pernah solat sampai akhirnya dia meninggal dan dikuburkan di sebelahku dan aku terganggu olehnya kerana azab”

Sememangnya apabila jenazah gadis berkenaan kelihatan, kain kapan yang menyelimuti tubuhnya masih berada dalam keadaan yang masih elok. Raut wajah gadis berkenaan juga berada dalam keadaan yang sangat tenang.

Kisah ini sangat memberi iktibar kepada seluruh umat Islam di mana solat merupakan elemen penting yang dapat membantu Muslim di alam kubur. Ianya turut dipersetujui oleh rata-rata warganet di dalam ruangan komen.

“MasyaAllah sungguh cantik arwah anak ini”

“Tiada yang mustahil, jika Allah mengkehendaki.. Allahuakbar”

“Allahuakbar..badan dia tak dimakan tanah. Bersih suci lagi”

Sumber: Ashraf Muslim

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra