Siakap Keli

(Video) “Mesti Sakit Sangat,” Rawatan Betulkan ‘Ankle’ Lari Seakan Kecederaan Gomes Buat Ramai Ngeri

Bagi peminat sukan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), sudah pastinya mengetahui akan kecederaan yang dialami oleh pemain Everton, Andre Gomes.

Kecederaan yang dialami olehnya itu adalah bermula daripada terjahan yang dibuat oleh Heung Min Son sebelum Gomes hilang kawalan dan bertembung dengan Aurier.

Ekoran itu, Andre Gomes telah mengalami kecederaan ‘dislocated ankle’ pada bahagian kaki kanannya.

Gambar: inews.co

Kecederaan itu telah merisaukan pelbagai pihak terutamanya bagi yang aktif dalam sukan bola sepak. Melalui satu perkongsian video di laman Facebook Tiki Taka, satu rawatan dilakukan pada kecederaan kaki yang seakan sama yang dialami oleh Gomes.

Rawatan yang dijalankan itu memperlihatkan kesakitan yang teramat sangat dialami oleh pesakit tersebut. Individu yang merawat kaki itu cuba menekan beberapa kali pergelangan kaki pesakitnya sebelum ‘ankle’ itu kembali pada tempat asalnya. Sememangnya, ia merupakan sesuatu yang sangat mengerikan terutamanya yang pernah mengalami kesakitan seperti itu.

Walaupun rakaman itu bukanlah rawatan bagi kecederaan Gomes, tapi ianya dilihat sangat menyakitkan. Menurut laporan media tempatan, pemain tengah Everton itu telah berjaya menjalani pembedahan buku lali dan dijangka akan pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tempoh yang diperlukan untuk pemain itu kembali menguatkan jentera serangan pasukan Everton.

Rata-rata netizen mengharapkan agar Andre Gomes cepat pulih daripada kecederaan yang dialaminya sekarang.

“Maaf bro. Pulih dengan segera. Kembali lebih kuat dan baik”

“Mesti sakit sangat”

“Semoga cepat sembuh Gomes, kami semua doakan yang terbaik”

Sumber: Tiki Taka

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra