Siakap Keli

Dua Rentung Kenderaan Dinaiki Terbabas Dan Terbakar Lalu Terjunam Ke Parit

Seremban, 6 Nov – Dua lelaki rentung selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbakar di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Seremban, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, van dinaiki dua mangsa dilaporkan terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di bahu kiri lebuh raya.

“Mangsa yang dalam perjalanan dari Utara ke Selatan meninggal dunia kerana gagal keluar menyelamatkan diri.”

Menurutnya, kedua-dua mangsa masih belum dikenalpasti dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tunku Jaafar Seremban.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 petang dan seramai 14 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerah ke lokasi kejadian.

Menurut laman twitter PLUS, kemalangan itu menyebabkan trafik pelahan namun tiada menyebabkan lorong terhalang.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)