Siakap Keli

(Video) Hampir Jadi Santapan Jerung, Strategi Bijak Sotong Loloskan Diri Tarik Perhatian Dunia

Kehidupan di laut dalam sememangnya mengandungi pelbagai rahsia yang tidak diketahui umum. Setiap hidupan seperti ikan, ketam dan sotong mempunyai gaya hidup sendiri untuk mendapatkan makanan. Antaranya spesis ikan jerung Pyjama yang mempunyai kepakaran yang tersendiri untuk memburu mangsanya untuk dijadikan makanan.

Namun, melalui satu video dokumentari di dasar laut, serangan ikan jerung Pyjama terhadap sotong begitu mudah dipatahkan. Apa tidaknya, sotong mempunyai taktik licik yang tersendiri bagi menyelamatkan dirinya daripada terkorban.

Menerusi video tersebut, sotong yang hampir menjadi mangsa berjaya meloloskan daripada serangan jerung sebanyak dua kali. Pada serangan pertama, seekor sotong yang menyorok di bawah batu telah berjaya dikesan oleh jerung Pyjama dan menariknya keluar. Berlaku pergelutan di antara kedua-dua hidupan laut itu dan seakan-akan jerung memenanginya.

Namun, tindakan bijak sotong itu yang memasukkan ‘tentacles’ atau lebih dikenali sebagai janggut sotong ke dalam insang jerung telah membuatkan ia dilepaskan. Ianya adalah kerana pernafasan ikan jerung tersekat dan ia terpaksa melepaskan mangsanya.

Bagi serangan yang kedua, seekor sotong itu juga memperlihatkan kebijaksanaan mempertahankan diri daripada menjadi mangsa kepada jerung Pyjama. Strategi yang digunakan ialah dengan mengumpulkan kulit kerang di sekeliling badannya. Jadi, ikan jerung mendapat kesukaran untuk menyerangnya dan boleh melepaskan diri dengan mudah.

Kebijaksaan sotong dalam mempertahankan diri sememangnya berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa. Walaupun hidupan di laut mendapat pelbagai ancaman, namun langkah berjaga-jaga perlulah diamalkan.

Sumber: BBC Earth

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra