Siakap Keli
Foto: AzrulSalki

“Syurga Menunggumu Sayang,” Baru 2 Bulan Nikah, Suami Meninggal Dunia, Rebah Ketika Main Futsal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan orang tersayang sangat perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata. Tiada siapa yang memahami perasaan ini tatkala kehilangan orang yang menjadi tempat bergantung untuk meluah perasaan dan bermanja.

Namun, hanya jiwa yang tabah dapat menerima ujian Allah yang sudah ditentukan olehNya. Perkongsian daripada bebenang ciapan milik Azrul Salki mengenai pemergian Abangnya pada 12.30 pagi hari ini.

“Sempat berborak dengan kau kejap petang tadi on the phone. Tahu-tahu malam ni kau dah pergi dulu.”

Mak kene kuat jugak tau mak.. InsyaAllah nanto kita jumpa abang sama-sama kat Syurga.

Tidak dinafikan ajal maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan Yang Maha Esa. Kita hanya manusia biasa yang perlu menempuhi detik ini. Walaupun pahit, terpaksa ditelan jua.

Menerusi Instagram Airina Roslan, wanita kuat ini berkongsi kiriman cerita sedih berkaitan suami tercinta Muhammad Amirul Ashraf yang baru meninggal dunia hari ini.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, paling sedih dan terjentik hati kecil ini apabila dia memberitahu hari ini saat suaminya tercintanya pergi menghadap Illahi, genaplah dua bulan mereka bergelar suami isteri.

Kami bernikah pada 7 September lepas, hari ini genaplah dua bulan tarikh perkahwinan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham….. maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi. Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni. Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

Perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata-kata yang buat i kuat terima semua ni.

Jangan pernah berhenti sayang I ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya… terima kasih you.

Tambahnya lagi semasa dihubungi, walaupun suami meninggal kerana bermain futsal, saya tak nak orang lain jadi takut untuk bermain permainan ini. Ini semua takdir Amirul. Saya redha. 

Sayu, seorang isteri hilang tempat bermanja. Dia juga sempat meluahkan tempat terakhir suaminya saat dikafankan sangat wangi. Orang sekeliling semua minta untuk si isteri terus kuat.

Semoga arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Alfatihah. Luahan ahli keluarga ini sangat sayu dan sebak.

Sumber: Azrul Salki, Airina Roslan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)