Siakap Keli

Sedih Tengok Kawan Baik Kematian Ibu, Lapan Sahabat Hadiahkan Kunci ‘Spare’ Rumah Masing-Masing

Kehilangan ibu bapa meninggalkan luka yang mendalam kepada seseorang dan kehidupan juga tidak akan lagi sama seperti sedia kala namun perlu diingat bahawa kita tidak berseorangan, masih ada yang prihatin dan menyayangi kita walaupun tanpa disedari.

Seorang gadis dari Cumbria, Olivia Mahone, 18, telah kehilangan ibunya kerana menghidapi kanser dan membuatkannya tiada tempat untuk bergantung tetapi  usaha yang dilakukan oleh sahabat-sahabatnya begitu mengharukan apabila mereka menghadiahkan kunci rumah pendua mereka kepada gadis itu.

Olivia boleh pergi ke rumah salah seorang daripada mereka jika dia merasa sunyi dan memerlukan teman untuk meluahkan perasaannya.

Menerusi kiriman stories di instagram miliknya, Olivia begitu terkejut dan terharu apabila membuka kotak hadiah yang diberikan oleh semua sahabatnya itu.

“Apa yang saya dah lakukan sehingga saya mempunyai sahabat-sahabat yang hebat seperti ini?, mereka semua berhati mulia dan saya akan lemah tanpa mereka,” katanya.

Sahabat-sahabatnya yang bernama Izzy, Emylia, Anna, Charlotte, Mia, Bella, Maya dan Morgan juga menulis satu kad yang memberi semangat kepada Olivia dan memberitahu bahawa pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuknya.

Ibu Olivia meninggal dunia pada bulan Jun tahun ini disebabkan oleh kanser Uterine Sarcoma tahap empat.

Sumber: Metro

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra