Siakap Keli
Foto: Amirul Ruslam

“Perempuan Memang Suka Bercerita Kat Orang Yang Dia Sayang, Suami Jadilah Pendengar Yang Baik”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benarlah kiasan berkata syurga seorang perempuan yang berkahwin terletak di bawah kakai suami. Seorang isteri perlulah mentaati suami maka suami juga perlu mentaati perintah Allah.

Tiada suami yang tak sayangkan isterinya. Cuma sifat lelaki tidak pandai menunjuk-menunjuk untuk luah perasaan sayang itu. Walaupun begitu, lelaki yang tidak menyuarakan rasa kasih bukanlah bermakna para suami tidak menyayangi isteri mereka sebaliknya mereka mempunya cara lain untuk mengungkapkan rasa itu.

Seperti perkongsian daripada Amirul Ruslam mengenai cara dan rahsia abang dan kakak iparnya menajalani kehidupan bahagia disamping anak-anak tercinta.

Katanya semasa dihubungi, sewaktu mereka keluar untuk membeli makanan di luar, abangnya tidak membuka radio di kereta malah akan beri peluang untuk isterinya meluahkan perasaan pada hari itu.

Maka meluahlah kakak ipar aku sambil abang aku melayan dgn fokusnya, respon semula ceritanya, tanya apa yang patut dalam ceritanya. Mempunyai ciri-ciri seorang good listener. Aku rasa 80% expression day dari kakak ipar aku, 20% saja dari abang aku. Abang aku beri peluang untuk bercerita.

Dari situ aku belajar. Perempuan memang suka bercerita even sekecil-sekecil perkara pada orang yang dia sayang khususnya suami. Kalau kucing dia berak sambil backflip pun. Kita sebagai suami dengar jela.

Kita lelaki ni, kebanyakannya memang dilahirkan sudah ada ciri-ciri good listener, haha.

Tapi ya. Dalam perhubungan ni, lebih-lebih lagi dalam rumahtangga. Expression feeling ni perlu ada give and take. Kadang-kadang ada hari wife share 80%, suami share 20%. Kadang-kadang suami share 80%, wife 20. Kadang tu, ada hari wife share 100%, the next day husbandnya share 100% Semuanya still dalam give & take.

Abang aku sangat memahami kerjaya wife dia sebgai doktor. Balik kerja lambat. Cuti pun tak tentu. Buat kerja rumah pun ada give and take. Kalau kak ipar aku tak sempat nak buat kerja rumah. Abang aku settlekan. Mandikan anak, suapkan makanan, memasak dan lain-lain.

Tambahnya lagi, hidup berumahtangga ini memerlukan kesefahaman yang kukuh. Walaupun apa jua pekerjaan suami atau isteri kita, namun pandai dalam membahagi tugas serta ada nilai tanggungjawab yang tinggi.

Sebelum ada yang kata aku macam backup perempuan je, haha. Dak aih, kan ada aku sebut konsep “give and take” tu. So ada masa, wife pun kenalah jadi a good listener juga.

Maybe kami tak cerita sebanyak dan seteliti anda. Tapi rasa dihargai pun okay dah. A listener also need a listener okay 🙂

Sumber: Amirul Ruslam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)