Siakap Keli

Suami Terkejut, Isteri Maut Terjatuh Dalam Perigi ‘Lama’

Seorang wanita maut selepas terjatuh dalam perigi yang dianggarkan sedalam tiga meter yang terletak dalam kawasan rumahnya di Sengkang Batu 20, Bukit Gambir, di sini.

Pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Jahairi Shukor berkata pihaknya menerima panggilan dari suami wanita itu pada jam 7.47 pagi tadi.

Katanya sembilan anggota digegaskan ke lokasi dan ketika tiba mangsa yang berumur 59 tahun itu telah dikeluarkan oleh keluarga mangsa.

Panggilan telah dibuat oleh suami mangsa, bagaimanapun suami dan anak angkatnya menggunakan tangga aluminium dan membawa naik mangsa sebelum ketibaan pihak bomba.

Difahamkan memang terdapat perigi di dalam rumah mangsa tetapi bertutup dengan jaring besi atau pagar kecil.

Menurut suaminya, keluarganya sudah sedia maklum yang perigi tersebut masih terdapat air didalamnya namun, sudah tiga tahun perigi itu tidak digunakan kerana pam airnya rosak.

Pihak bomba mengesahkan kejadian dan membantu menghubungi pihak hospital. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan punca kematian masih dalam siasatan.

Sumber: Awani

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)