Siakap Keli
Foto: BBC

Pengasas ‘Helmet Putih’ Syiria Ditemui Mati Di Turki

Seorang bekas tentera British yang juga merupakan pengasas utama Helmet Putih, James Le Mesurier ditemui meninggal dunia berhampiran pejabatnya di Turki.

Beliau juga sangat dikenali ramai dengan cara kerjanya yang berdedikasi sehinggakan dihormati oleh Ratu negara tersebut.

Menurut petikan berita tempatan, mayat mangsa ditemui di sebuah jalan tidak jauh dari rumah dan pejabatnya pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan di daerah Beyoglu di Istanbul.

Menurut polis, mangsa ditemui dengan kaki dan kepalanya patah dan menyifatkan mangsa terjatuh dari sebuah balkoni.

James Le Mesurier pernah dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) atas sumbangannya bersama pasukan pertahanan awam Helmet Putih di Syria.

Beliau juga menubuhkan satu kumpulan untuk tindak balas kecemasan Mayday Rescue yang membantu untuk melatih sukarelawan Helmet Putih tersebut. Pertubuhan iitu dikenali Pertahana Awam Syiria yang berfungsi untuk membantu mangsa atau orang awam yang terperangkap dalam serangan di negara tersebut.

 

Sumber: BBC

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)