Siakap Keli
Kredit Foto: arynews

Sayu, Viral Kanak-Kanak Dipercayai Kelaparan Intai Rakan Sebaya Menjamu Selera Dari Luar Kelas & Tunggu Sisa Makanan

Sayu hati melihat sekeping gambar yang tular mengenai seorang kanak-kanak perempuan dipercayai kelaparan memegang bekas kosong sedang mengintai ke dalam kelas yang dipenuhi pelajar sedang makan tengah hari untuk diisi sisa makanan.

Divya mengintai sambil memegang bekas kosong. Kredit Foto: arynews

Seorang lelaki telah tampil untuk membantu kanak-kanak tersebut setelah melihat gambar yang tular itu bagi mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Divya ini bukan sahaja mendapat pendidikan malah dia juga turut mendapat makanan tengah hari di sekolah tersebut.

Divya akan pergi ke sekolah-sekolah Tinggi Kerajaan Deval Jham Singh di Hyderabad pada setiap hari. Namun bukan sebagai pelajar. Dia pergi ke sana dikatakan untuk mendapatkan sisa makanan tengah hari yang telah dimakan oleh pelajar di sana.

Dia yang merupakan anak kepada pemungut dan penyapu sampah tinggal di sekitar kawasan tersebut telah berjaya mendapat perhatian Venkat Reddy yang merupakan Convenor Kebangsaan di MV Foundation, sebuah NGO.

Venket Reddy bersama ahli sukarelawan tersebut berjaya membantu Divya mendapatkan pendidikan dan menikmati makanan yang enak seperti kanak-kanak lain juga di sekolah tersebut.

Baru-baru ini, Venket Reddy telah berkongsi foto Divya bersama ibu bapanya pada hari pertama persekolahannya.

Divya bersama ibu bapanya di hari pertama persekolahnanya

Sumber: iforher

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.