Siakap Keli
Kredit: Oddity Central/Insectosaurus

Unik, Rupa Dan Bau Macam Najis Burung, Kupu-kupu Ini Boleh Didapati Di Hutan Malaysia

Setiap hidupan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kemandirian spesies di rimba antaranya dengan racun berbisa, tanduk dan kuku yang tajam, larian yang laju serta penyamaran.

Kalau kita masuk ke hutan dan teliti setiap hidupan di sekeliling kita, pasti tak henti keterujaan menyaksikan keunikan mereka. Kadangkala tak tercapai dek akal, seperti haiwan-haiwan ini yang sangat pandai menyamar sehingga kita pun boleh terlepas pandang.

Penyamaran ini berfungsi untuk menyembunyikan diri dan mengelirukan pemangsa seolah-olah haiwan yang terancam itu berbahaya atau ‘jijik’ untuk dimakan, seperti kupu-kupu ini.

Betul-betul nampak macam lalat dan najis burung, kan? Siap ada kesan pencahayaan lagi. (Kredit: Project Noah/Featured Creature)

Bukan sahaja berupa seperti dua ekor lalat sedang menikmati najis burung, malah macrocilix maia turut mengeluarkan bau seakan-akan najis unggas berkenaan dan membuatkan pemangsa tidak berselera untuk memakannya yang dilihat berpotensi untuk mendatangkan penyakit.

Kupu-kupu ini boleh ditemui di Korea, Jepun, China, India, Malaysia, Sumatera dan Borneo. Ia merupakan spesies jarang jumpa yang pernah ditemui di gunung batu kapur Gunung Api, Bukit Retak dan Gunung Kinabalu.

Sumber: Oddity Central, Moths Of Borneo

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.