Siakap Keli
Kredit: Google

Masih Ingat Memori Korang Masa Kecil? Ini 9 Perkara Yang Buat Semua Kanak-kanak Gembira Tak Kira Zaman

Bila dah meningkat usia ni, rasa rindu pula kenangan masa kecik-kecik kan? Kalau boleh undur masa, rasa nak rasai balik detik-detik yang pernah berlalu suatu ketika dulu.

Masa kecik, tak sabar besar. Bila dah besar, teringin nak undur masa jadi budak-budak pula. Haha..

Masing-masing mesti ada kenangan pernah jadi nakal, kan? Panjat pokok rambutan, ‘berkubang’ dalam sawah atau lopak, mandi sungai, ‘berenang’ dalam parit masa banjir, mandi hujan dengan kawan-kawan sampai lah mak panggil balik.

Tak pun, tunggu azan Maghrib. Kalau lepas Maghrib baru balik haa siaplah. Ada yang menunggu di depan pintu.

Kena rotan tu perkara biasa lah. Kalau bukan rotan, kena piat telinga atau kejar satu kampung dengan pelepah kelapa.

Jadi apa kata harini kita imbas balik kenangan dulu-dulu yang tak boleh dilupa sampai ke tua. Jom?

1. Buat-buat sakit atau terlajak tidur semata-mata nak ponteng sekolah petang untuk tengok drama di televisyen.

Kalau zaman penulis dulu, semua tengah ‘gila’ tonton sinetron Bawang Merah Bawang Putih. Buat-buat ralit, kalau mak ayah pun lupa memang heaven lah. Haha..

Cerita paling stress. (Kredit: ImgWonders.com)

2. Dapat coklat atau aiskrim. Kecik-kecik dulu kalau dapat jajan memang senyum sampai telinga. Tak kira beli hasil simpanan syiling sendiri atau orang bagi, mesti berkongsi dengan kawan-kawan. Mungkin ni rahsia kebahagiaan budak-budak. Bersyukur walau dengan sekecil-kecil nikmat.

Bila berkongsi, sekurangnya ada geng gigi rongak. Haha..

Ingat lagi? (Kredit: Infinite To Beast)

3. Alat tulis baru/unik
Kalau kawan pergi sekolah bawak alat tulis baru atau lain dari yang lain sikit, mesti satu kelas kerumun. Teruja. Pensel warna yang legend masa tu, Luna dan Swan. Kadang-kadang ada yang bawa pensil warna dalam bekas besar ala-ala briefcase tu.

Takpun bekas pensil ‘transformer‘.

Sapa ada bekas pensil macam ni?

4. Beg sekolah kartun kegemaran
Siapa semangat setiap kali nak mula sekolah? Bagusnya. Penulis paling teruja bila dapat beg dan kasut baru. Bau beg baru tu pun boleh buat semangat nak pergi kelas. Lagi seronok bila dapat beg kartun kegemaran kita. Korang macam tu tak?

5. Main permainan tradisional. Bagi korang yang membesar kat kampung, mesti pernah main tarik upih sambil berangan bawa kereta. Siap berlumba lagi. Nasib tak baik, boleh tergolek kalau member tarik laju sangat. Apapun, permainan tradisional memang best!

Gambar: Wikipedia

6. Pergi taman permainan. Ni tempat wajib budak-budak berkumpul lepas habis sekolah. Balik je rumah, tukar baju, terus main sampai Maghrib. Kadang-kadang ada yang main je dengan baju sekolah terutamanya hari Jumaat (hari terakhir persekolahan). Balik tu bersedia lah kena tarik telinga kalau baju kotor atau terkoyak.

7. Melancong. Setiap kali cuti, ramai lah yang kongsi pengalaman melancong ke sana sini. Ada yang lagi advance, setiap kali cuti mesti ‘terbang’ jauh-jauh, balik bawa cenderamata untuk satu kelas.

Tak kurang juga ada yang balik kampung ziarah atuk nenek, atau lepak saja dekat rumah tengok kartun. Korang jenis mana satu?

8. Lepak rumah kawan main game baru. Dulu pun Beyblade pernah trending. Ramai bawa Beyblade pergi sekolah. Ada yang siap ubahsuai gasing tu dengan besi supaya ada percikan api bila berlaga. Cool kan?

9. Main role playing. Ingat tak lagi kawan-kawan korang yang berlakon jadi mak-mak dulu? Ada watak ayah, abang, kakak dan si bongsu. Tak pun main doktor-doktor, pengantin-pengantin. Haha.. Ingat lagi pengantin korang? Ke dah selamat bersanding ke jinjang pelamin?

Nampak macam biasa-biasa je, tapi sebenarnya permainan role playing ni membantu perkembangan kanak-kanak tau.

Permainan ni buat kanak-kanak jadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah sebab mereka belajar meletakkan diri dalam watak dunia sebenar. (Parenting Insights, n.d)

Sebab tu lah pakar terapi turut menggunakan role playing sebagai cara membantu kanak-kanak autisme.

Jadi, bila dah jadi ibu bapa ni, kita kena galakkan anak-anak berimaginasi. Kita dah lalui zaman penuh fantasi. Sekarang ni apa kata kita beri peluang kepada anak-anak kita pula untuk bermain dalam dunia sendiri?

Nak tahu kat mana tempatnya? Pastinya di…

Sunway Lost World of Tambun..

Kat sana, anak-anak korang boleh buat pelbagai aktiviti yang menarik untuk dorang cuba. Bolehlah dorang rasai aktiviti hands on dan kayakan imaginasi macam mana kita dulu-dulu. Pasti dorang terhibur dengan aktiviti bersama Barbie dan Hot Wheels. Yeayy!

Antara aktiviti yang akan disediakan ialah Barbie dream house, photobooth mekap dan set permainan patung Barbie yang menjadi impian puteri kesayangan korang. Mereka juga boleh menyertai Tea Party pada setiap hujung minggu pada pukul 2 p.m sehingga 4 p.m bermula 30 November hadapan.

Sementara itu, hero cilik pula boleh menyertai cabaran Hotwheels di trek tepi sungai. Cool kan?

Bukan tu saja, korang sekeluarga boleh berangan seolah-olah berada dalam kisah dongeng dan bergambar di Luminous Forest..

Bermesra bersama haiwan..

Dann, kalau korang suka aktiviti mencabar, korang boleh sertai Zip line dan terokai Gua Datuk.

Korang juga boleh tonton pertunjukan api..

Floating glamping..

‘Glamping’ terapung.

Sertai pool party, Hot spring spa, Tarantula Alley dan banyak lagi..

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi +605 542 8888 atau layari Facebook dan laman rasmi Lost World of Tambun di sini.

Haa.. jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket ke taman tema Lost World of Tambun tau. Segera bertindak~



Amira

Love yourself.