Siakap Keli

(Video)Naik Motosikal Tak Pakai Helmet & Langgar Lampu Isyarat, Detik-Detik Dua Remaja Melayang Dirempuh Kereta

Tular satu video memaparkan kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan sebuah kereta.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di sebuah kawasan di Terengganu sekitar pukul 2.13 tengah hari tadi.

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu memaparkan, penunggang motorsikal bersama dengan seorang pembonceng dilihat melanggar lampu isyarat sebelum dirempuh oleh kereta yang berada di arah sebelah kiri jalan motorsikal tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tentang keadaan mangsa selepas dirempuh oleh kereta tersebut dilaporkan.

Orang ramai dinasihati supaya sentiasa patuh kepada undang-undang jalan raya seperti yang telah ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Info Kemalangan &Bencana Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.