Siakap Keli

Wanita Telefon Polis, Dakwa Bau Busuk Dari Bilik Rakan Serumah, Akhirnya Temui Mayat Berlumuran Darah

Wanita berusia 20-an yang tinggal di Kota Kinabalu, menelefon pihak polis pada jam 6 petang dan melaporkan bau busuk kuat yang datang dari bilik rakan serumahnya yang membawa kepada penemuan mayat yang dipercayai sudah 4 hari meninggal dunia.

Si mati adalah guru berusia 27 tahun, menurut rakan serumahnya dia tidak meninggalkan biliknya selama 3 hari berturut-turut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Penolong Pesuruhjaya Habibi Majinji berkata mereka sampai di tempat kejadian 10 minit setelah laporan dibuat.

“Sebaik sahaja kami tiba di tempat kejadian, bau busuk membawa kami ke mayat wanita yang berada dalam biliknya sendiri.”

“Tubuh itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di lantai. Dia dipercayai terjatuh di dalam biliknya sendiri.”

Polis mendakwa si mati telah meninggal dunia 4 hari sebelum penemuan itu.

“Menurutnya, si mati tidak meninggalkan rumah selama tiga hari dan berdasarkan siasatan awal dari anggota keluarganya, dia dipercayai menderita penyakit jantung, ” tambah Habibi.

Habibi menjelaskan bahawa kematian guru itu diklasifikasikan sebagai kematian secara tiba-tiba dan jenazahnya akan dipindahkan dan dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk mencari punca kematian yang sebenarnya.

Sumber : WorldofBuzz

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)