Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Ini Keistimewaan ‘Premium Seat’ Di Stadium Bukit Jalil Yang Korang Patut Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rakyat Malaysia pasti rasa bersyukur kerana semalam satu perlawanan yang mendebarkan seluruh rakyat Malaysia bahkan sememangnya berbangga atas pencapaian kemenangan 2-1 Harimau Malaya ‘membaham’ skuad Gajah Perang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebagai penyokong, semestinya akan memilih tempat duduk yang sesuai mengikut zon  masing-masing di Stadium Bukit Jalil untuk mendapat kondisi yang bagus semasa menonton perlawanan secara live. 

Seorang pengguna Twitter, Rafiah Bazlaa jadikan sebuah bebenang khas untuk peminat bola yang sering menonton perlawanan di stadium untuk mengggunakan Premium Seat di Stadium Bukit Jalil.

Katanya, kedudukan ini perlu masuk mengikut pintu A dan cari tempat duduk seperti biasa. Ramai ‘usher’ yang akan membantu anda untuk kenal pasti tempat duduk mengikut nombor yang diberikan serta apa yang paling penting adalah layanan yang diberikan sangat baik dan bagus.

Lihatlah view sangat best. 

Once dah masuk, dia akan bagi kau satu tagging. Untuk pastikan kita sebagai penonton premium seater. Tagging ni jangan tarik ketat sangat, sebab tak boleh dilonggarkan. Unless digunting.

Apa yang kita dapat ? Premium seater akan dapat satu goodies bag sebelum match start. Dalam bag tu ada air mineral, air kotak, roti, kerepek, kacang, coklat.

For my opinion, even seat ni is a premium seat tapi takde lah rasa exclusive sangat. Beza dia cuma dapat goodies bag tu jek. Plus kebanyakan yang ambik section ni is family yang bawak anak-anak so tak rasa hype bersorak sangat. Rasa mcm sopann jek.

Berbeza kalau duduk dekat seat open, yang lebih havoc. Jerit semua rasa puas. So, kalau nak seat yang boek, view cantik dan jimat, beli lah tiket online awal and pilih kat section 408,409 atau 410. Gate C.

Itu je review untuk seat premium ni. Tak kisah lah nak seat mana, asalkan datang sokong ! Jumpa next game lawan Indonesia !#HarimauMalaya

 

Sumber: Rafiahbazlaa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)