Siakap Keli

RASMI: Barisan Nasional Rampas Kerusi Parlimen Tg.Piai, Menang Majoriti 15,086

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi panas ini daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU lepas.

Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Azhar Azizan Harun di Pusat Penjumlahan Undi PRK Tanjung Piai sebentar tadi

Wakil BN berjaya memperolehi undian sebanyak 25,466  undi mengatasi wakil PH  di kedudukan ke-2 yang memperolehi 10,380 undi. Wakil Gerakan memperolehi 1707 undi dan Berjasa 850 undi.

BN berjaya memperolehi sebanyak 15,086 undi majoriti manakala undi rosak adalah sebanyak…undi.

PRK Tanjung Piai diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik mewakili PH pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang menyaksikan persaingan hebat 6 penjuru. Karmainie Sardini (PH), Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (GERAKAN), Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA) dan 2 lagi calon bebas.

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)