Siakap Keli
Foto: Twitter

“Bagaikan Mati Hidup Semula,” Terlelap Ketika Memandu, Buka Mata Kereta Dah Hancur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rezeki dan ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah. Sekuat mana pun kita, andai sudah tertulis dalam takdir sebaliknya siapalah kita untuk menolaknya.

Beberapa hari lalu, seorang pemuda ini diibaratkan seperti ‘mati hidup semula’ apabila terlibat dalam kemalangan setelah dia mendakwa terlelap ketika membawa kereta menuju ke arah Putrajaya.

Jadi, pemuda ini berkongsi dalam satu kiriman di laman Twitternya tentang sejarah hitam baginya kerana ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan pertama kali terjadi kepadanya. Pesanannya, sentiasalah berhati-hati dan cukupkan rehat.

Jadi beringat laa ya. Hidup kat atas bumi ni sekali je. Kau jangan ingat kat bumi ni kau hebat kepala kau besar kau boleh hidup lama. Bila bila je Allah tu boleh arahkan malaikat maut jemput kau.

Nak tak aku cerita full macam mana boleh terlibat dalam kemalangan?

Masa tu pukul 7 pagi tak silap aku. Aku dari KL menghala ke Putrajaya. Selama ni aku ulang alik dari kerja tak ada apa. Keluar rumah 9 pagi balik rumah 4 pagi.

Katanya, setiap hari dia tidak cukup rehat dan tidur. Tetapi sudah ditakdirkan untuk terjadi, siapalah dia untuk menghalangnya.

Tapi aku tak fikir negatif lagi masa tu. Sampai laa satu selekoh ni aku rasa lain macam mata aku terlelap. Aku bukak je mata kereta aku hancur wehhhh, total lost.

Yang aku terpikir sekarang ni macam mana aku boleh elak pokok ni. Kalau aku sebat pokok ni aku taktahu laa boleh bercerita atau tak.

Tambahnya lagi, masa dia sedar, keretanya sudah hancur dan mujur dirinya tidak tercampak keluar. Dalam beberapa detik, dia termenung memikirkan apa yang asudah berlaku.

Lama jugak aku menung sorang dekat 2 jam. Pastu kepala aku baru boleh fungsi. Yang aku pelik masa tu sorang pon takde yang berhenti. Kereta peronda polis pon lalu je macam tak nampak aku.

Aku cuba cari phone aku sebab masa sebelum excident tu aku letak dekat celah peha tu pasal la mencari. Lama jugak aku mencari rupanya phone tu stand baik punya dekat bawah stering kereta. Aku amik phone tu terbelah dua weh.

Tiba tiba ada laa satu hamba Allah ni berhenti.

Aku kat dalam hati “dugaan apa laa lagi nak mai ni” Aku tak boleh contact orang weh jam masa nak dekat 9:30 pagi aku sorang lagi kat situ. Aku cuba tahan orang tapi diorang semua macam tak nampak aku. Tiba tiba ada laa satu hamba Allah ni berhenti.

Dia mai tanya aku okay ke tak semua. Aku cuma cakap nak satu call je. Aku try contact abang abang aku, nasib baik angkat. Lepas aku call hamba Allah ni tanya aku lagi. “Takde patah apa-apa ke ?” Aku jawab la tak.

Pastu dia terkejut sebab aku takde cedera apa tapi kereta macam kene lenyek tanker askar “Hebat kau ni. Kau ada baca apa apa ke?” gila soalan ni hahahaha aku jawab laa “kuasa Allah ni bang. Dia bagi saya peluang lagi nak banggakan mak bapak saya.” Jawapan macam tak takut apa.

Aku ni hidup ke mati ni

Padahal menggeletar satu badan ni sebb takut punya pasal. Dalam kepala duk pikir je “aku ni hidup ke mati ni” hahaha sampai macam tu sekali aku pikir ye laa sebb takde siapa nampak aku. Cuma hamba allah ni je. Macam mana laa aku tak pikir bukan-bukan.

Sebelum dia nak gerak tu dia ada ingatkan aku satu benda ni. “Aku pernah muda macam kau dan aku tahu apa yang kau rasa. Aku dah lalui apa yang lalui. Tapi kau kene ingat kau ni hidup dekat bumi yg sifatnya sementara. Kau ni kira untung sebab Allah tu bagi kau sedar awal.

Kalau Allah tu tak sayang kau mungkin dia tak bagi kau peluang untuk kau perbaiki diri kau dan banggakan mak bapak kau. Sekarang ni dah kene kat batang hidung sendiri jadi kau ubah ubah laa perangai kau. Jadi laa orang yang berguna dekat dunia mahupon Akhirat nanti.

 

Meremang bulu roma aku bila dia cakap macam tu. Sebelum dia gerak dia peluk aku. Dia cakap “Allah sayang kau” lepastu terus dia sambung perjalanan dia. Sampai kesudah dalam kepala aku ni pikir bukan-bukan. Lepas 10 minit macam tu abang aku sampai.

Terkejut beruk wehh semua nurse doktor kat situ sebb aku takde cedera apa tapi ada laa calar kat belakang sebb melecet tergesek seat. Tapi dari mata kasar kau tengok zahir aku memang takde apa sama jugak dengan batin aku. Sebb scan MRI tu kan boleh tahu semua. Doktor tu dok tekan sini tekan sana macam takde apa je. Nak bagi ubat pon serba salah cuma diorang cuci luka aku kat belakang badan tu je. 

Apa pengajaran yg kau boleh dapat dari cerita aku ni. Aku cuma nak pesan ni je kalau sekarang ni kau bukan kat pangkal jalan atau hati kau ni masih keras lepastu asyik fikir nak enjoy je aku rasa better kau ubah sebelum Allah tu tunjuk maha kuasanya dekat kau.

Bila dah kene dekat batang hidung sendiri masa tu takde siapa boleh tolong kau melainkan kau ubah pendirian kau atau pon cara hidup kau untuk kembalik ke pangkal jalan. Aku bukan nak cakap yg aku dah baik 100% tapi siapalah aku ni. Manusia biasa yg lemah dan selalu buat kesilapan.

Akhir kata, tak susah nak jadi jahat tak senang nak jadi baik. Amik laa masa korang selagi diberi peluang bernafas untuk buat kebaikkan dan ikut perintahnya. In Shaa Allah. Aku doakan semoga urusan korang semua dipermudahkan. Aamiin.

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)