Siakap Keli

(Video) Gadis Tak Rancang Peluk Islam, Mengalir Air Mata Ketika Ucap Syahadah

Seorang wanita berbangsa cina mengalirkan air mata selepas mengucapkan dua kalimah syahadah selepas tanpa dirancang untuk memeluk Islam. Perkara ini didedahkan oleh Ustaz Ebit Lew di laman Instagramnya.

Gadis berkenaan menyatakan beliau adalah peminat Ustaz dan sentiasa mengikuti video-video ustaz di Youtube. Tanpa dirancang beliau terua bertemu Ustaz Ebit Lew dan menyatakan hajatnya untuk memeluk Islam.

Berikut adalah kisah yang ditulis Ustaz Ebit Lew di Instagramnya.

Tiba-tiba tadi di Lahad Datu seorang anak muda chinese yang cantik ucap syahadah. Tanpa rancang. Allahuakbar. Katanya dia peminat saya selalu dengar ceramah saya di yuoutube dan fb. Masa ucap dalam bahasa melayu dia sebak menangis. Bahasa arab dia senyum sebab malu-malu. Ya Allah bahagianya rasa lihat adik chinese ini ucap syahadah. Berkat doa orang Lahad Datu Sabah yang baik dan hebat. InsyaAllah orang sini akan bantu segala urusan dan kelas untuknya-ebitlew

https://www.instagram.com/p/B4xYTzNFrx8/

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)