Siakap Keli
Foto: Palestine News

Wartawan Palestin Buta Dipercayai Ditembak Tentera Israel

Seorang pengamal media Palestin buta selepas tentera Israel menembak kearahnya dala satu serangan menunjuk perasaan Palestin di selatan Tebing Barat.

Wartawan media yang dikenali Mu’ath Amarneh mengalami kecacatan kekal pada penglihatannya selepas kecederaab parah terkena peluru logam bersalut getah yang dilepaskan oleh tentera Israel di bandar Surif di Wilayah Hebron pada Jumaat lalu.

Menurut Palestine News Network, kejadian itu berlaku ketika mangsa menjalani tugas membuat satu liputan tentang perhimpunan protes terhadap serangan tanah oleh pihak berkuasa Israel.

Mangsa terkena tembakan di mata dikejarkan ke hospital di Hebrom untuk menerima rawatan kecemasan namun pihak hospital gagal menyelamatkan penghilatannya kerana keadaan matanya sangat kritikal.

Bagi pihak Palestinian Journalists Syndicate (PJS) menyeru kepada organisasi antrabangsa untuk mengambil tindakan dengan apa yang berlaku kerana ia dikatakan kejadian disengajakan kerana poihak media memakai baju kalis peluru.

Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) dan PJS sangat mengecam kejadian tersebut.

Sumber: Palestine News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)