Siakap Keli
Kredit: NBC News/Gov Tech

Penyelidik Israel Bangunkan Cip Silikon Untuk Masukkan Ubat Alzheimer Ke Dalam Otak

BAITULMAQDIS, 18 Nov (Bernama) — Penyelidik Israel telah membangunkan teknologi baharu untuk menyalurkan ubat secara terus ke otak dengan menggunakan cip silikon, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan Institut Teknologi Israel (Technion) pada Ahad.

Cip silikon berbentuk nanometer ini melepaskan protein penting yang mampu menghalang perkembangan penyakit Alzheimer.

Penemuan kajian terbaharu yang dijalankan para penyelidik Technion dan Universiti Bar-Ilan itu telah disiarkan dalam jurnal Small.

Antara ciri penyakit Alzheimer ialah hilang ingatan, kecacatan pertuturan, masalah orientasi dan penurunan kemahiran motor.

Penyakit ini, yang dihidapi khususnya warga emas, adalah kemerosotan sel otak akibat pengumpulan protein dalam tisu otak, membunuh sel saraf dan menyebabkan kerosakan terhadap mekanisme yang penting bagi fungsi otak.

Penyediaan protein khusus mampu menghalang kerosakan kesemua mekanisme ini namun usaha menyalurkannya ke kawasan sasaran di dalam otak bukan mudah kerana berdepan sekatan darah otak.

Sekatan ini, yang melindungi sistem saraf pusat daripada bakteria dan bahan berbahaya, turut menghalang laluan ubat.

Solusi pasukan Israel ialah memasukkan protein ke dalam otak dan melepaskannya ke tisu yang disasar menggunakan cip khusus yang memiliki struktur poros berskala nano yang membolehkan ia memuatkan sejumlah besar protein.

Cip itu dimasukkan ke dalam otak dengan implan atau dilancarkan ke sasaran sekecil partikel dengan “senjata gen,” satu sistem yang melepaskan partikel logam yang disalutkan dengan molekul-molekul ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.