Siakap Keli

Gara-Gara Tak Tahu Nombor Bas, Lelaki Kongsi Detik Dihantar Pulang Imigresen Korea

Korea menjadi antara negara yang paling dilawati oleh rakyat Malaysia pada setiap tahun disebabkan oleh gelombang hallyu dan pelbagai lagi tarikan lain.

Rakyat Malaysia juga menjadikan negara itu sebagai tempat mencari rezeki seperti memetik buah dan pelbagai pekerjaan buruh yang lain namun disebaliknya ada cerita yang tidak sedap didengari apabila kebanyakan rakyat Malaysia tinggal di sana tidak mengikut tempoh sah yang telah ditetapkan.

Disebabkan hal itu juga, imigresen Korea di lapangan terbang dilihat lebih ‘agresif ‘dalam menerima rakyat Malaysia masuk ke negara itu walaupun sekadar untuk melancong.

Baru-baru ini tular di Twitter satu kejadian yang dialami oleh seorang rakyat Malaysia yang tidak lepas masuk ke Korea dan dikatakan telah dihantar pulang semula kerana tidak tahu nombor bas untuk pergi ke Pulau Nami.

Ciapan yang dimuatnaik oleh Pemburu Tiket Murah itu mendapat sebanyak 1.4 ribu retweets dan ruangan komenĀ  dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen.

 

Walaupun ada juga netizen yang tidak mempercayai kejadian ini dan mendakwa individu tersebut hanya mereka cerita. Pun begitu, pihak Siakap Keli telah mendapat pengesahan individu yang dikenali sebagai Pudin Bge yang dikatakan telah ditahan di dalam bilik kuarantin selama 7 jam.

Beliau juga menjelaskan cerita sebenar di group Road To Korea dan menasihatkan orang ramai untuk menyediakan segala dokumen dengan lengkap agar kejadian sepertinya tidak berlaku lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai yang tanye saya kenape di halau dan kenapa tak lepas imigresen korea. Okey begini ceritanya.

Sampai pukul 8.30 di lapangan terbang incheon dan kami bertiga terus ke imigresen .
Imigresen ade 7lane (2 untuk fast lane) selalunya fast lane jarang dibuka melainkan ade masalah atau pertanyaan panjang untuk pelancong. Jadi ramai yang beratur. Kami bertiga beratur di lane ke 5 , tetiba lane ke 6 dan 7 dibuka dan terus panggil kami berdua(mungkin dye curious dng kami berdua) Dye terus ambik pasport dan tanye datang dgn sape , nk pergi mane bla3. Lepas tuh dia tanye return tiket dan intenari. Silapnya di sini , semua return tiket dan inteneri ade dalam phone. Nak tunjuk dekat officer , officer dye dah tak layan .

Jadi pengajarannya , sediakan semua document cukup lengkap dan berpakaian kemas , rambut biar kemas bagi lelaki. Jangan bagi officer tu syak bukan2 . Tapi hairan jgk , sbb kami berdua berpakaian kemas je . Mungkin tkde rezeki kot nk kenal tempat orang .

Sekian .

Sumber: Pudin Bge

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra