Siakap Keli

Kereta Terbang Pertama Malaysia Jalani Sesi Ujian Penerbangan Khamis Ini

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof semalam memaklumkan Parlimen bahawa sesi pandu uji kereta terbang pertama Malaysia akan diadakan Khamis ini.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau sendiri akan turut serta sebagai penguji dalam sesi ujian tersebut yang bertempat di Subang.

Mohd Redzuan sebelum ini dilaporkan berkata prototaip kereta terbang juga dirancang untuk dilancarkan hujung tahun ini selain bertegas bahawa kerajaan tidak terlibat menyediakan sebarang peruntukan sebaliknya kos ditanggung oleh pihak swasta.

Melalui laporan yang sama juga, beliau turut menjemput ahli Parlimen pembangkang bagi melihat sendiri sesi pandu uji kereta terbang berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.