Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail

Remaja Hamil Didakwa Nekad Bunuh Diri Selepas Dipercayai Jadi Mangsa Rogol Enam Lelaki

Seorang remaja yang sedang hamil berusia 13 tahun didakwa telah membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah flat dipercayai selepas dirogol oleh enam lelaki di Bangkok, Thailand.

Remaja hamil yang didakwa telah terjun dari bangunan sebuah flat (Kredit Foto: dailymail)

Dia juga dikatakan telah mengambil gambar kakinya dari atas bumbung dan menghantarnya kepada rakannya dengan menulis pesanan ‘Saya akan pergi, saya sayang kamu’.

Menurut media tempatan, remaja itu juga telah memuat naik satu status di laman Facebooknya dengan berkata ‘Saya akan pergi’ dan ‘Jika saya tidak mengandung, saya mungkin telah lama pergi’.

Menurut keterangan ibunya, 45 tahun, pada malam 11 November yang lalu, anaknya telah dirogol oleh enam lelaki di sebuah flat.

Ibunya turut berkata perogol tersebut telah menghantar anaknya ke rumah dalam keadaan murung yang melampau.

Polis memberitahu Coconuts Bangkok bahawa mereka telah mengenal pasti dua suspek dan telah berjaya menangkap salah seorang daripada mereka selepas serbuan dibuat ke atas rumah suspek.

Suspek didapati mempunyai senjata api yang tidak berdaftar.

“Kedua-dua suspek menghadapi pertuduhan atas kesalahan bekerjasama dalam kes penderaan seksual remaja berkenaan,” kata Krissana, Polis Diraja Thai.

Remaja tersebut dikatakan telah bertengkar dengan ibunya sebelum melarikan diri dan bunuh diri. Namun ibunya telah cuba untuk menghalangnya ketika remaja tersebut cuba melarikan diri.

Sumber: Dailymail

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.