Siakap Keli
Gambar: Twitter

Dunia Bersolidariti Buat Jurugambar Palestin Buta Mata Dipercayai Ditembak Tentera Israel

Selepas insiden tembakan yang dilapor dilakukan  oleh tentera Israel ke atas seorang wartawan Palestin sehingga mencederakan matanya ketika sedang membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat tempoh hari telah menarik perhatian antarabangsa.

Muath Amarneh, 32, telah ditembak di mata belah kirinya semasa sedang membuat liputan berkenaan dengan demonstrasi yang berlaku di Tebing Barat itu.

Amarneh dilaporkan memakai jaket wartawan dan helmet pada masa itu, serta turut dikelilingi dengan wartawan lain yang turut membuat liputan tersebut.

Polis sempadan Israel walau bagaimanapun menafikan bahawa mereka mensasarkan Amarneh, dan menyatakan bahawa ianya adalah suatu kemalangan kerana Amarneh berada berdekatan dengan penunjuk perasaan tersebut.

Amarneh ketika kini sedang dirawat di hospital, matanya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

Susulan daripada insiden itu, kebanyakan wartawan dari seluruh dunia telah memuat naik gambar di media sosial dengan menutup sebelah mata sebagai tanda protes ke atas insiden yang menimpa Muath Amarneh.

Ianya menjadi tular sehinggakan hastag ‘MuathEye’, ‘EyeofTruth’ dan ‘MuathAmarneh’ yang dilancarkan menjadi trend di media sosial.

Berikut adalah antara gambar yang dimuat naik oleh wartawan sebagai tanda solidariti:

Kredit: Mondo Weiss

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.