Siakap Keli

(Video) “Tengah Borak Ada Pulak Yang Curi Dengar,” Lagi Rakaman Penampakan Sekujur Sosok Putih Depan Pintu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat perkara yang tidak dapat dijelaskan di dalam dunia ini. Antaranya ialah unsur mistik yang sering terjadi di sekeliling kita. Namun, alangkah lebih baik sekiranya perkara sedemikian tidak terlihat muncul di hadapan mata.

Tular sebuah rakaman yang memaparkan kelibat entiti berwarna putih terpacak di sebalik cermin. Menerusi rakaman tersebut, beberapa orang pemuda dilihat sedang berbual dan ianya dirakam oleh seorang pemuda untuk dikongsikan diruangan Instastory.

Menerusi rakaman tersebut, ketika pemuda-pemuda itu rancak berbual, rakaman tersebut berjaya mengesan bayangan putih disebalik cermin gelap surau berkenaan. Ianya terjadi selepas sekumpulan pemuda itu duduk berborak setelah selesai tahlil pada malam berkenaan.

Namun, ianya dapat dikesan apabila terdapat individu yang memaklumkan bahawa terdapat bayangan tersebut menerusi Instastory yang dilakukan. Walau bagaimanapun, bayangan tersebut tidak dipastikan mengenai kebenarannya sama ada ianya sememangnya entiti berunsur mistik mahupun hanya bayangan barangan di dalam surau.

Rakaman menyeramkan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“Dia nak join borak sekali tapi takut masuk kang korang lari”

“Kau bayangkan tetiba dia lepak sekali, kau bayangkan dia ikut balik”

“Muncul tak kena time ish”

Sumber: Twitter @adamcandyyy

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra