Siakap Keli
Gambar: The IndiAgent News Times

Kontroversi Hamza Bendelladj Si ‘Smiling Hacker’, Didakwa Godam Bilion Ringgit Bank Amerika Demi Bantu Palestin

Tahukah anda bahawa jenayah siber memberikan ancaman kepada keselamatan maklumat peribadi seseorang mahupun pihak yang mempunyai kepentingan. Selain itu, jenayah siber seperti menggodam juga memberikan kerugian kepada pihak tertentu.

Namun begitu, lain pula bagi seorang ‘hacker’ terkenal yang hebat sehingga dia diumpamakan sebagai Robin Hood atau penjenayah siber alaf baru.

Gambar: Al Jazeera

Hamza Bendelladj, seorang warga Algeria yang berusia lingkungan 30 tahun dikatakan telah menggodam kira-kira 217 bank memperolehi lebih daripada $ 4 bilion. Dia juga dipercayai telah menyumbangkan kepada beberapa NGO di Afrika dengan kira-kira $ 280 juta yang didermakan kepada NGO Palestin dengan aktiviti berkenaan.

Ekoran itu, dia dianggap sebagai perwira kepada ramai orang kerana perbuatan amalnya yang bermurah hati. Bendelladj dikatakan mempunyai akses langsung kepada berjuta-juta mangsa merentas sempadan dengan menjalankan kempen e-mel, menanam perisian “jahat” di laman web yang popular dan banyak lagi.

Beliau telah menggunakan nama BX1 sebagai nama samaran dalam talian dan dipercayai sebagai salah satu pengawal bagi perisian SpyEye yang “menjangkiti” komputer pengguna dan kemudian mencuri maklumat peribadi yang digunakan untuk masuk ke dalam akaun kewangan dalam talian.

Gambar: aviratechblog

Walau bagaimanapun, pada awal Januari 2013, polis Thailand telah berjaya memberkasnya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Namun, ketika dia ditangkap, media tertarik dengan reaksi mukanya yang sentiasa tersenyum walaupun telahpun ditangkap. Disebabkan itu, Bendelladj telah digelar sebagai ‘Smiling Hacker’.

Berikutan penangkapannya, Timbalan Pengarah FBI Mark Giuliano menyatakan bahawa ini adalah satu kejayaan dalam usaha mereka untuk menutup keupayaan jenayah untuk membeli, menjual dan berdagang perisian berniat jahat, botnet dan maklumat peribadi yang digunakan untuk mencuri dari warga AS dan individu di seluruh dunia.

Sumber: Al Jazeera / appknox / CNN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa