Siakap Keli
Kredit: Google

“Sudahlah Sibuk Tak Sempat Masak, Anak Pula Memilih Makan”, Sabar Ibu, Ini 3 Menu Mudah Dan Lazat Untuk Tawan Selera Seisi Keluarga

Menurut laporan World Health Organisation (WHO), Malaysia merupakan negara Asia paling ramai rakyatnya mengalami lebih berat badan dan obesiti di mana 64 peratus lelaki dan 65 peratus wanita di negara ini mempunyai berat badan berlebihan dan obes.

Sementara itu, statistik Unicef pula mendapati 17.7 peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Malaysia mengalami masalah tumbesaran (terbantut) manakala 12.4 peratus mengalami masalah kurang berat badan.

Oleh itu, penjagaan kesihatan amat penting bermula dari amalan diet yang seimbang. Bukan apa, zaman sekarang ini, individu berusia seawal 31 tahun pun sudah ada yang nyaris terkena serangan jantung didakwa berkait dengan tabiat merokok dan pemakanan tidak sihat.

Salah satu puncanya ialah gaya hidup yang terlalu sibuk, membuatkan ramai berasa sukar untuk amalkan tabiat pemakanan yang sihat.

Gambar hiasan. (Kredit: Medical News Today)

Walaubagaimanapun, bagi ibu-ibu, sesibuk mana pun anda, penulis yakin anda pasti berusaha untuk sediakan makanan sihat buat si anak. Namun, menjadi masalah lain apabila anak pula memilih makanan untuk dinikmati.

Menurut Benioff Children’s Hospital, kanak-kanak menjadi picky eater disebabkan beberapa faktor antaranya sensitif terhadap rasa, bau dan tekstur; terikut gaya pemakanan ibu bapa serta pernah didenda atau diberi ganjaran mengikut tabiat pemakanan mereka.

“Ibu bapa bertanggungjawab menentukan apa, di mana dan bila sesuatu makanan dihidang,” tulis kenyataan tersebut.

Gambar hiasan. (Kredit: Little Peeps Eats)

Oleh itu, pakar menyarankan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini melalui cara-cara berikut;

Hadkan minuman tinggi kalori

Anak anda mungkin tidak makan makanan dihidang jika dia mengambil minuman yang tinggi kalori seperti jus, soda ataupun susu. Mereka akan berasa kenyang dan kurang makan pada waktu makan. Hadkan jus kepada kira-kira 120 ml serta 709 ml susu setiap hari.

Sediakan jadual makan

Jadual makan amat penting bagi memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi melalui 5 sesi waktu makan iaitu sarapan, kudapan pagi, makan tengah hari, snek tengah hari, makan malam dan supper. Jika anak tidak makan, pastikan anak-anak duduk semeja bersama ahli keluarga yang lain sehingga semua selesai makan.

Gambar hiasan. (Kredit: Boys Town)

Bina suasana selesa

Waktu makan bukan waktu menonton televisyen atau bergaduh. Cipta persekitaran selesa dengan ruang yang bersih, terang dan kurang gangguan pada waktu makan.

Pelbagaikan makanan

Ibu bapa disarankan untuk menyediakan pelbagai pilihan makanan pada waktu makan, tidak terikat kepada makanan kegemaran anak-anak sahaja.

Bahkan, anak-anak mungkin perlu ditawarkan sesuatu makanan sebanyak 15 kali sebelum mereka mahu mencuba makanan tersebut (Benioff Children’s Hospital, n.d.).

Walaubagaimanapun, cabaran utamanya ialah kekangan masa. Bagi ibu-ibu berkerjaya, ramai yang menghadapi kesukaran untuk memastikan makanan berkhasiat tersedia setiap kali waktu makan.

Kalau dapat menu yang berkhasiat dan boleh dihasilkan dalam tempoh singkat, memang sangat membantu, kan?

Jadi tanpa membuang masa, kami akan kongsikan beberapa resipi makanan berkhasiat untuk bekal ke sekolah atau tempat kerja untuk keluarga anda, terutamanya bagi si comel yang picky eater.

Resipi-resipi ini sesuai juga untuk anda yang sedang berdiet, jadi dah tak perlu risau berat badan naik. Oh ya, resipi yang berwarna warni ini juga pastinya dapat menarik perhatian si kecil. Jom kita?

Sayur Campur Labu

Cadangan hidangan: 4 – 6 orang

Bahan-bahan

2 sudu besar Minyak masak
½ biji Bawang besar, dicincang
2 ulas Bawang putih, dicincang
200 g Isi ayam, dipotong kecil
1 ½ cawan Air
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Garam
150 g Bunga kobis, dipotong
100 g Brokoli, dipotong
150 g Labu, dipotong dadu panjang

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga separuh masak.
  4. Masukkan air, labu dan bunga kobis. Didihkan sehingga separuh lembut.
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  6. Masukkan brokoli dan kacau sehingga masak.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tips
Campurkan AJI-NO-MOTO® sebelum garam atau perasa lain untuk meningkatkan keseluruhan rasa sajian.

Wanpaku tuna

Kredit: Cik Merpati Putih

Bahan-bahan

2 keping roti wholemeal
1 tin tuna mayonis
Tauhu
3 ketul dada ayam
Telur hancur
Salad
Kobis ungu (dihiris halus)
Lobak merah (dihiris halus)
Secubit AJI-NO-MOTO®
Garam secukup rasa
Minyak zaitun

Cara-cara

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali untuk menggoreng tauhu.
  2. Rebus ayam dengan sedikit AJI-NO-MOTO® dan garam.
  3. Sediakan tuna dan telur hancur.
  4. Susunkan salad di atas supaya roti tidak lembap. Kemudian, susunkan bahan lain secara berselang seli; tauhu, ayam, tuna dan sayur.
  5. Balut sandwich dengan kertas minyak dengan kemas. Boleh juga guna aluminium foil.
  6. Potong. Siap!

Sup Sayur Campur Special

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan

150 g Jeruk batang sawi
1 ½ liter Air
500 g Ayam, dipotong kecil
1 ½ biji Bawang besar, dipotong dadu
1 biji Kentang, dipotong dadu
1 biji Lobak merah, dipotong dadu
1 batang Jagung manis, dipotong
3 biji Tomato, dipotong dadu
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®

Cara-cara

  1. Bersihkan jeruk batang sawi dan hiris nipis.
  2. Tuangkan air ke dalam periuk.
  3. Masukkan kesemua bahan dan didihkan sehingga ayam masak.
  4. Keluarkan buih-buih dipermukaan sup.
  5. Sedia untuk dihidang.

Mudah kan? Macam Pak Aji ni kata,

Campur, campur, siap!

 

Baca: Tiada Kajian Buktikan MSG Bahayakan Kesihatan, Jadi Betul Ke Apa Yang Dimomokkan Kepada Kita Selama Ini?

Amira

Love yourself.