Siakap Keli

Siapa Sangka Filem Frozen Terinspirasi Dari 6 Tempat Menakjubkan Di Dunia

Filem animasi popular Frozen 2 telah memulakan tayangan di hampir seluruh negara pada hari ini dengan menjanjikan perjalanan Elsa yang lebih unik dan adventure.

Melalui filem ini, anda boleh melihat hasil CGI yang menarik dan begitu teliti termasuk latar pemandangan yang sangat cantik.

Namun tahukah anda disebalik keindahan pemandangan yang digambarkan dalam filem tersebut seperti pantai berpasir hitam, gunung berapi dan air terjun, ternyata ia diinspirasi dari 6 lokasi sebenar di Iceland.

1. Pantai Reynisfjara

Menurut Travel Daily Media, Reynisfjara terpilih sebagai salah satu pantai yang paling indah di dunia. Berbeza dengan pantai yang lain, pasir pantai ini berwarna hitam gelap yang pasti memikat hati para traveller untuk melawati pantai itu.

Mereka juga boleh ‘tenggelam’ dengan bunyi deruan ombak samudera Atlantik sambil dikelilingi oleh batu basalt yang sangat besar.

2. Gunung berapi Þríhnúkagígur

Þríhnúkagígur atau Thrihnukagigur merupakan gunung berapi yang tidak lagi aktif  yang berada tidak jauh dari Reykjavik, Iceland.

Gunung berapi seluas 3. 270 meter persegi dengan tinggi 213 meter membolehkan pengunjung melihat sendiri ruang magma yang terbentang luas dan ia menjadi antara lokasi gunung berapi yang boleh dilawati.

3. Glasier Svinafellsjokull

Terkenal dengan bongkah aisnya, Svinafellsjokull mempunyai suhu yang ekstrem dan tidak boleh dihuni oleh manusia.

Glasier ini adalah sebahagian dari glasier Vatnajokull yang merupakan glasier terbesar di Eropah.

4. Taman Nasional Þingvellir

Dinobatkan sebagai tapak Warisan Nasional oleh UNESCO pada tahun 2004, Taman Nasional Þingvellir ini menjadi tempat pertemuan parlimen tertua, Alþingi ketika Viking tiba di Iceland pada abad ke-10.

Lokasi ini sangat sempurna untuk pencinta alam dengan berjalan di antara plat-plat benua dan melihat keindahan alam yang berubah warna seiring musim.

5. Air Terjun Gullfoss

Air terjun ini sangat terkenal dengan jolokan ‘Air Terjun Emas’. Gullfoss menjadi salah satu air terjun paling ikonik dan paling popular di Iceland. Air terjun ini boleh ditemui di canyon sungai Hvítá di barat daya Iceland. Air di sungai Hvítá mengalir dari glasier Langjokull.

6. Geyser Strokkur

Dikenali sebagai tempat air panas paling aktif di selatan Iceland, Geyser Strokkur menunjukkan ‘persembahan’ magis kepada pengunjung pada setiap empat hingga sepuluh minit dengan ‘meletupkan’ air ke ketinggian 15 hingga 20 meter yang sangat memukau.

Sumber: Kompas, Travel Daily Media

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra