Siakap Keli

(Video) Tular Video Suara Merdu Baca Al-Quran, Tukang Cuci Dinaikkan Pangkat Jadi Imam

Menjadi seorang muslim, kita sememangnya  tahu bahawa takwa menjadi elemen penting dalam diri seseorang yang boleh membawa sehingga ke hari perhitungan kelak.

Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, setiap muslim mempunyai peranan yang besar sejak dari lahir lagi iaitu dengan menjadi hamba Allah yang taat.

Seperti kisah yang tular di Twitter ini, seorang lelaki dari Uganda telah dinaik pangkat dari seorang tukang cuci hingga menjadi imam di masjid.

Sebelum diberi tanggungjawab menjadi imam, Shalawi Siraje tular melalui sebuah video yang menunjukkan beliau sedang membaca ayat Al-quran sambil mengelap lantai di sebuah masjid di Qatar.

Menerusi ciapan Muslim Daily, majikan Shalawi tidak teragak-agak untuk menawarkan kerja sebagai imam setelah mendengar suaranya dan melihat video itu telah tular.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Ciapan itu mendapat respon positif dari netizen yang kagum dengan Shalawi kerana boleh menghafal ayat suci Al-quran .

Dari awal lagi beliau mempunyai pekerjaan yang mulia. Allah SWT telah menaikkan pangkat beliau di mata manusia.

Subhanallah, ini sangat indah, suaranya Masha Allah dan sakhallahu khair untuk posting ini.

Pekerjaan terbaik di dunia.

Ciapan itu juga memuat naik pesanan dari Shalawi yang memberi nasihat kepada muslim untuk sentiasa mengingati Allah SWT.

“Ingatlah Allah walau di mana pun anda berada, sama ada anda bekerja atau tidak. Ramai yang fikir bahawa Islam adalah untuk orang Arab tetapi mereka silap. Islam adalah untuk semua makhluk di muka bumi ini.

“Disebabkan itu, mungkin ramai yang berfikir saya boleh membaca Al-quran disebabkan oleh saya berkulit hitam, tidak kaya raya dan seorang tukang cuci namun sebenarnya Quran bukan sahaja untuk Arab tetapi untuk semua manusia,” katanya.

Sumber: Muslim Daily

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra