Siakap Keli

Pelajar 16 Tahun Tikam Guru Kerana Terjatuh Cinta

Seorang pelajar lelaki didakwa menikam gurunya  di sebuah sekolah di Kulon Progo, Yogyakarta dengan alasan dia telah jatuh cinta kepada guru wanita yang telah pun berkahwin.

Pelajar yang berumur 16 tahun itu menikam gurunya yang berusia 35 tahun di rumahnya di Desa Poncosari, Kecamatan Srandakan, Bantul hingga mengalami luka di bahagian dada dan tembus hingga ke ulu hati pada rabu semalam.

Ketua Polis Srandakan, Kompol Muryanto berkata kejadian disedari apabila ibu mertua kepada guru itu terdengar jeritan meminta tolong dari dalam bilik mangsa pada pukul 8.30 malam waktu indonesia.

“Ibu mertuanya kemudian memberitahu anaknya untuk memeriksa isterinya dan terkejut menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan luka di bahagian ulu hati,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa lukanya berukuran 3 sentimeter lebar dan 7 sentimeter panjang.

Mangsa dibawa ke Hospital Kecamatan Srandakan namun dirujuk ke Hospital Sardjito kerana luka yang serius.

Tambah Muryanto lagi, suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang dan terus menuju ke bilik mangsa yang sedang tidur ketika itu.

Suspek meninggalkan pisau dan ia menjadi bukti untuk pihak polis menahannya di rumah di Kecamatan Lendah, Kulon Progo.

Soal siasat menyaksikan suspek mengakui bahawa dia menyukai guru wanita itu.

Sumber: Tribun Sumsel

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra