Siakap Keli
Kredit: Pelikat Batik Run

Tips Elak Sakit Dan Kekal Sihat, Benda Simple Tapi Nombor 5 Ramai Tak Buat

Sesibuk mana pun kita, penjagaan kesihatan sepatutnya menjadi keutamaan. Namun, dengan jadual tugas yang padat menyebabkan ramai yang kurang mengambil berat akan kesihatan diri. Yelah, mana sempat kan. Lepastu, bila dah jatuh sakit, nak buat apa je tak larat, Badan lemau, mula lah nak moody. Tak best betul!

Ha, lima tips mudah yang kami berikan di bawah ini boleh bantu korang untuk sentiasa kekal sihat dan cergas. Simple je, tapi berapa ramai yang buat?

1.Bersenam

Sebut sahaja senaman mesti ramai yang rasa malas. Betul tak? Tapi jika korang buat, tenaga harian dan stamina korang akan meningkat. Bayangkan, korang sibuk sepanjang hari sekalipun badan masih kekal fit dan rasa bertenaga je tau. Tapi nak curi masa buat senaman dalam jadual waktu yang ketat tu macam mana? Mudah je.

Sebagai contoh, cuba korang elak guna lif dan naik tangga ke pejabat. Kalau ada urusan dengan rakan sekerja, korang jalan je ke meja diorang dari gunakan email. Ikut je pelbagai senaman ringkas di Youtube yang boleh buat di meja pejabat korang. Nampak kecil tapi  mampu mengubah tahap kesihatan korang jika buat setiap hari ye!

2. Jaga Pemakanan

Susah sebenarnya kan untuk amalkan pemakanan yang seimbang. Ditambah pula dengan restoran makanan segera yang ada kat mana-mana, memang itu lah yang menjadi pilihan utama. Nampak mudah dan jimatkan masa tetapi bila dah kena penyakit darah tinggi, kencing manis atau buah pinggang, ha masa tu sesal pun dah tak guna!

Jadi, pastikan korang pilih makanan yang sihat dan tak penuh dengan kalori. Elakkan minuman berkarbonat dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Nak jaga kesihatan, masak je bekal yang dibawa dari rumah. Bukan je badan sihat, poket pun tak kering!

3. Dapatkan tidur yang cukup

Proses baik pulih badan akan berlaku setiap kali kita tidur pada waktu malam hari. Setelah menjalani hari yang sibuk, korang wajib dapatkan tidur yang cukup sekitar 7-8 jam sehari supaya otot badan dan minda korang yang dah banyak berfungsi dapat berehat.

Bila bangun, korang bukan sahaja akan rasa segar dan bertenaga malah tak mudah untuk jatuh sakit. Sebab apa? Ini kerana tidur yang cukup boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan tau. Kalau sibuk sekalipun, jangan lupa tidur yang cukup paling penting!

4. Kawal tekanan

Tekanan selalunya menjadi punca kepada penyakit. Jadi, elakkan perkara yang boleh membuat korang stress dengan mencari keseimbangan masa untuk kerja, keluarga mahupun diri sendiri. Sebagai contoh, korang cari masa pada hujung minggu untuk buat aktiviti santai kegemaran korang. Sekurangnya seminggu sekali pun dah cukup.

Percaya atau tak, korang mesti rasa lebih bersemangat selepas cuti untuk melakukan kerja pada keesokkan harinya. Ha, lepas ni dah tak ada lagi ‘Monday Blues’ korang tu. Bila korang happy, badan pun akan sihat tau!

5. Tahu Dan Ukur tahap kesihatan Diri Setiap Masa

Ini yang paling penting tapi ramai yang abaikan. Korang kena tahu dan ukur tahap kesihatan diri setiap masa. Tapi nak curi masa untuk buat pemeriksaan kesihatan secara kerap dengan pegawai perubatan agak leceh. Disebabkan itu, adanya teknologi terkini iaitu aplikasi di telefon bimbit bagi membantu korang mengukur tahap kesihatan secara harian.

Antara aplikasi terbaik terkini adalah ‘Pulse‘, sebuah aplikasi canggih yang menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) yang sentiasa menjaga, mengukur dan melaporkan tahap kesihatan pengguna tanpa mengira waktu di mana sahaja pengguna berada.

Pulse yang dilancarkan oleh syarikat insurans terbesar dan terkenal dunia, Prudential, boleh menilai tahap kesihatan semasa pengguna termasuk gaya hidup, kesihatan mental, kesihatan organ dalaman, risiko penyakit pada masa akan datang dan juga memberi amaran denggi. Wow, semua dalam satu!

Sebagai contoh, melalui fungsi ‘Symptom Checker’ yang terdapat di dalam Pulse, pengguna akan melalui sesi soal jawab yang membawa kepada kemungkinan diagnosis atau penyebab kepada gejala yang dihadapi oleh mereka. Jadi pengguna boleh mengambil langkah awal pencegahan dengan mendapatkan rawatan awal di pusat perubatan.

Kemudiannya, apa yang lebih menarik pengguna boleh memilih untuk mendapatkan rundingan kesihatan daripada doktor secara atas talian dengan kerjasama DoctorOnCall secara PERCUMA bagi pelanggan Prudential. Bagi yang tidak, hanya serendah RM10 bagi satu sesi akan dikenakan. Memang murah.

Doktor-doktor yang bertauliah ini akan membuat diagnosis dan mencadangkan rawatan yang sesuai bagi pengguna di mana korang boleh mendapatkan rawatan awal pencegahan penyakit yang berisiko berdasarkan konsultasi atas talian yang telah diberikan.

Bayangkan korang dapat bercakap dengan doktor secara terus. Memang best kerana tiada aplikasi yang menawarkan perkhidmatan terperinci kepada kesihatan korang seumpama Pulse oleh Prudential ini.

Test tahap kecergasan dengan Tictrac Challenge

Ha, bila badan sentiasa sihat, cuba test stamina korang tinggi atau tak dengan ‘Tictrac Challenge’, satu Challenge interaktif yang akan memastikan tahap kecergasan korang berada di tahap paling terbaik.

Apa yang menarik lagi dalam Challenge ini, jika korang mendapat rekod tertinggi dan berjaya pertahankan rekod itu, korang berpeluang menang hadiah di mana hadiah ditawarkan lumayan dan berbeza setiap bulan.

Ha korang ikut je langkah mudah seperti di bawah untuk sertai cabaran ini okay!

Jom tonton video ini :

Pendek kata, Pulse oleh Prudential dengan tagline ‘Tiada yang mengenalimu seperti Pulse’ merupakan platform kesihatan mudah alih semua dalam satu. Umpama pelengkap kepada kehidupan, Pulse berfungsi bagi mengawal kesejahteraan dan kesihatan pengguna untuk masa depan yang lebih baik.

Apa tunggu lagi, jom muat turun Pulse oleh Prudential secara PERCUMA sekarang juga di Google Play Store dan App Store korang. Ianya boleh didapati dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pulse oleh Prudential, korang layari sahaja laman web wedopulse.com dengan menekan link ini.


innity_ord = “ord=[timestamp]”;

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};
innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];
innity_nativeAnalytic.q.push(function() {
innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 29014, adID: 256691, readID: 256692});
});

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.